awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf

Bernama
Bernama
13/12/2024
20:00 MYT
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Ab Rauf bergambar bersama kereta berjenama Haval H6 HEV pada Pelancaran Penghantaran Kereta Ke-1,000 di EP Manufacturing Bhd (EPMB), pada Jumaat. - Gambar Bernama
ALOR GAJAH: Kerajaan Melaka bercadang menambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata, perancangan itu akan menjadi nilai tambah terbaik dalam usaha menarik lebih ramai pelabur bagi melonjakkan perkembangan industri pemasangan dan pengeluaran EV serta kenderaan cekap tenaga (EEV) di negeri ini.
"Sekarang ini kita ada 132 stesen pengecasan EV di seluruh Melaka dan kita akan cuba menambahnya di kawasan strategik terutama di pusat tumpuan pelancongan dan untuk itu kita menggalakkan pihak swasta turut bekerjasama dalam perancangan ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Penghantaran Kereta ke-1,000 oleh Kumpulan EP Manufacturing Berhad (EPMB) di Kawasan Perindustrian HICOM Pegoh, di sini, pada Jumaat, yang turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Kumpulan EPMB, Hamidon Abdullah.
Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, perkembangan EV dan EEV di negeri ini juga akan memainkan peranan penting dalam Pelan Pembangunan Hijau Melaka yang menekankan perkembangan teknologi rendah karbon.
"Ini juga merupakan komitmen kerajaan negeri dalam menggalakkan penggunaan EEV sama ada melalui insentif kepada pengguna mahupun sokongan terhadap industri automotif hijau," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, perkembangan industri pemasangan kereta di Melaka yang terus melonjak dan diperkukuhkan dengan kedudukan strategik antara Kuala Lumpur, Johor, dan Singapura, telah menjadikan negeri ini sebagai hab pemasangan serta pengeluaran EV dan EEV.
Ab Rauf berkata, ia dapat dilihat menerusi keyakinan Honda Malaysia yang mempunyai satu-satunya kilang pemasangan kereta di Melaka dan diikuti Kumpulan EP Manufacturing Berhad (EPMB) yang mempunyai reputasi tinggi sebagai syarikat pembekal dan pemasangan komponen modular, keselamatan dan kritikal kepada jenama utama seperti Toyota, Proton, Perodua dan Mazda.
"Langkah berani yang diambil oleh EPMB dalam mempelbagaikan pelaburannya ke sektor pembuatan EV sejak 2022 juga dilihat sangat tepat dan selaras dengan trend terkini ke arah kenderaan lebih mesra alam. Pencapaian ini sudah tentu memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi Melaka," katanya.
Beliau berkata, usaha memajukan industri hiliran automotif juga satu potensi besar dalam jangka masa panjang termasuk menyediakan peluang kepada penduduk tempatan khususnya generasi muda di Melaka untuk berkecimpung dalam industri automotif berasaskan EV dan EEV. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#Perodua
#kenderaan elektrik
#pihak swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan