3,383 mangsa banjir masih berlindung di PPS Sarawak, Sabah

Di Sarawak, jumlah mangsa berkurang kepada 3,019 daripada 888 keluarga, berbanding 3,031 orang daripada 876 isi keluarga pagi tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,383 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak dan Sabah setakat petang ini, dengan kedua-dua negeri mencatatkan penurunan jumlah mangsa.
Ringkasan AI
- 3,383 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sarawak dan Sabah, dengan penurunan jumlah mangsa kedua-dua negeri.
- Sarawak catat jumlah mangsa berkurang kepada 3,019 daripada 888 keluarga, di tempatkan di 40 PPS.
- Sabah pula, 364 mangsa dari 136 keluarga direkodkan, menunjukkan trend penurunan berbanding data sebelumnya.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak hingga hari ini.
Di SABAH, mangsa banjir menunjukkan trend penurunan apabila 364 mangsa daripada 136 keluarga direkodkan, berbanding 462 orang daripada 157 keluarga pada pagi hari ini.
Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan dua PPS di Beaufort masih beroperasi iaitu Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon dan Dewan Sri Dayang Shahbandar Padas Damit.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


