Pengusaha, pemilik kedai dan pembeli ikan hiasan perlu memohon atau memperbaharui permit memelihara ikan kanibal dan import dalam tempoh dua bulan ini bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Pengarah Perikanan Pulau Pinang, Nor Aisyah Abu Bakar berkata sebanyak 34 jenis ikan kanibal dan import yang memerlukan permit antaranya keli Afrika, piranha, flower horn, bawal merah, ikan naga, ikan buaya dan baung ekor merah.
"Sebelum ini memang perlu permit untuk bela ikan hiasan itu cuma kali ini kami akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan ekosistem terpelihara daripada virus serta penyakit baharu yang berisiko dibawa 34 spesies ikan import dari pelbagai negara.
"Mulai 3 Julai ini, mana-mana pengusaha,pemilik kedai dan pembeli ikan hiasan yang gagal memohon permit boleh dikenakan tindakan menurut Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import dan sebagainya bagi Ikan) 1990 Pindaan 2011 yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita selepas kempen kesedaran memohon permit ikan hiasan, di sini hari ini.
Kempen itu susulan taklimat larangan 34 jenis ikan kanibal dan import di perairan kepada 33 pengusaha ikan hiasan di Pulau Pinang pada 19 April lepas.
Nor Aisyah berkata hasil pemantauan pihaknya bersama Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Batu Maung dan Pusat Kuarantin Pertanian dan Perikanan (Maqis) di enam premis menjual ikan hiasan semalam dan hari ini mendapati mereka memiliki pelbagai ikan kanibal dan import dengan permit tamat tempoh.
Beliau berkata jika pengusaha enggan memperbaharui atau memohon permit, mereka boleh menyerahkan semua spesies ikan itu kepada FRI atau Maqis untuk penjagaan dan kajian lanjut termasuk pelupusan mengikut prosedur operasi standard (SOP).
"Permit itu adalah percuma dan kami minta pengusaha memohonnya supaya kami dapat rekodkan jumlah sebenar ikan hiasan itu, kami bimbang sekiranya ikan-ikan berkenaan dibeli pembeli yang tidak mempunyai permit, mereka akan melepaskannya ke perairan dan ia memberi pelbagai risiko kepada hidupan laut," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga memberi amaran keras kepada semua pihak supaya tidak melepaskan spesies ikan yang dilarang itu di perairan negeri ini agar tidak mengganggu keseimbangan kepelbagaian bio, habitat dan spesis ikan asli di perairan negeri ini sehingga menjadi dominan di sesuatu kawasan.
"Dalam pemeriksaan di sebuah kedai ikan perhiasan di Air Itam, kami menemui dua ekor ikan naga seberat lebih 100 kilogram dan berusia 11 tahun dibela dalam kolam di situ tanpa permit dan saya telah menasihatkan pemiliknya untuk memohon permit.
"Selain itu, berdasarkan pemantauan juga mendapati harga ikan hiasan yang disenarai itu boleh mencecah ribuan ringgit berdasarkan permintaan pembeli dan pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2017
Ikan piranha (gambar), ikan naga, flower horn, bawal merah dan keli Afrika adalah antara spesies yang memerlukan permit. - Gambar hiasan/pixabay.com
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Premis ikan hiasan pamer ikan pendatang diberi amaran
Pengusaha premis tersebut diberi amaran agar mematuhi peraturan dengan memohon kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk mempamerkan ikan spesies pendatang itu.
'Salahkah makan ikan Flower Horn goreng?'
Tindakan pemilik akaun Facebook Saya Cakap, Muhammad Firdaus, menjadi tanda tanya netizen.
34 ikan hiasan kanibal dan import perlu permit
Pengusaha, pemilik kedai dan pembeli ikan hiasan perlu memohon atau memperbaharui permit memelihara ikan kanibal dan import dalam tempoh dua bulan ini.