MALAYSIA mencatat 344,961 dos pemberian vaksin pada Ahad.

Ia sedikit penurunan selepas lima hari berturut-turut mencatat angka lebih 400,000 dos.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sebanyak 244,761 dos satu dan 100,200 dos kedua diberikan pada 18 Julai.

Selangor terus catat perkembangan baik apabila merekodkan jumlah pemberian suntikan tertinggi harian dengan lebih 91,000 dos diikuti Kuala Lumpur dengan lebih 64,000 dos.

Dalam pada itu, angka ini menyumbang kepada jumlah kumulatif dos didaftarkan di seluruh negara sebanyak 14.347 juta dos sehingga Ahad.

Ia membabitkan 4.531 juta atau 13.9 peratus populasi sudah lengkapkan suntikan dua dos vaksin.

Manakala bagi dos pertama, 9.815 juta atau 30.1 peratus populasi sudah disuntik.