awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3.46 juta penerima Bayaran Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1.572 bilion

Bernama
Bernama
06/04/2023
07:45 MYT
3.46 juta penerima Bayaran Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1.572 bilion
Seramai 3.46 juta orang akan menerima Bayaran Khas Kewangan Aidilfiri (BKKA) berjumlah RM1.572 bilion yang akan disalurkan pada 17 April ini. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seramai 3.46 juta orang akan menerima Bayaran Khas Kewangan Aidilfiri (BKKA) berjumlah RM1.572 bilion yang akan disalurkan pada 17 April ini.
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penerima terdiri daripada penjawat awam, pesara kerajaan, pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan.
"Seramai 1.4 juta penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan MySTEP akan menerima RM700 dengan implikasi RM988 juta.
"Sementara itu, satu juta pesara kerajaan termasuk veteran tidak berpencen akan menerima RM350 dengan implikasi RM350 juta," katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini hari ini.
Ahmad berkata 850,000 penerima yang terdiri daripada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan masing-masing menerima RM200 dengan nilai keseluruhan RM170 juta.
Bagi sukarelawan pula, sebanyak 213,000 orang yang terdiri daripada sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam, sukarelawan polis dan bomba turut menerima manfaat daripada BKKA berjumlah RM64 juta.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan BKKA kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Feb 2023.
Pada 29 Mac lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan inisiatif tambahan Belanjawan 2023 baharu melibatkan bantuan Aidilfitri yang diperluas kepada golongan pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bayaran Khas Kewangan Aidilfiri
#Ahmad Maslan
#BKKA
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan