awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

38 aduan naik harga di Kedah selepas SST

Bernama
Bernama
06/11/2018
11:14 MYT
38 aduan naik harga di Kedah selepas SST
Penguatkuasa KPDNHEP Kedah akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
Sebanyak 38 aduan kenaikan harga barang selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 1 Sept lalu direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negeri Kedah.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah R. Summugam berkata lima daripada aduan itu telahpun diberikan notis tunjuk sebab di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 oleh pihak penguatkuasa KPDNHEP negeri.
"Jumlah premis yang diperiksa setakat ini ialah 1,826 premis dan jumlah item barangan yang diperiksa pula ialah sebanyak 43,950 item termasuk telur beras, (tepung) gandum dan gula," katanya pada pemberita di sambutan rumah terbuka Hari Deepavali anjurannya di sini hari ini.
Turut hadir Anggota Parlimen Sungai Petani merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun Datuk Johari Abdul.
Summugam berkata notis itu memerlukan peniaga memberikan maklum balas dan penjelasan terperinci tentang kenaikan harga berkenaan bagi menentukan sama ada berlakunya elemen pencatutan ataupun tidak.
"Maklum balas yang pihak kita terima daripada peniaga itu akan dianalisa dan jika didapati ada unsur pencatutan maka peniaga berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 14(1) AKHAP 2011," katanya.
Beliau berkata sehubungan itu penguatkuasa KPDNHEP Kedah akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada peniaga di negeri ini mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati selepas pelaksanaan SST.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kawalan Harga
#kenaikan harga barang
#KPDNHEP
#SST
#sukai jualan dan perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan