Jumlah mangsa banjir di enam daerah di Terengganu bertambah pagi ini kepada 4,062 mangsa berbanding 3,292 mangsa setakat pukul 10 malam tadi.
Menurut laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, terdapat sembilan pusat pemindahan baharu dibuka yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 52 pusat pemindahan dibuka setakat pukul 8 pagi ini.
Pemangku Pengarah JKM Terengganu, Rusmi Mahmood ketika dihubungi Bernama berkata sehingga kini sejumlah 1,244 keluarga terjejas akibat banjir yang mula melanda negeri ini awal pagi semalam.
"Hulu Terengganu terus mencatat peningkatan jumlah mangsa dengan penambahan tiga pusat pemindahan baharu menjadikan jumlah ketika ini ialah 2,268 mangsa dari 789 keluarga yang berada di 24 pusat pemindahan.
"Seterusnya diikuti daerah Kemaman (595 mangsa dari 141 keluarga), Marang (491 mangsa dari 128 keluarga), Besut (299 mangsa dari 72 keluarga), Setiu (296 mangsa dari 87 keluarga) dan Dungun (113 mangsa dari 27 keluarga)," katanya.
Selain itu tiga sungai di Terengganu kini telah melepasi paras bahaya manakala empat sungai mencatat bacaan melebihi paras berjaga-jaga.
Menurut laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu di portal publicinfobanjir.water.gov.my, tiga sungai yang melebihi paras bahaya ialah Sungai Telemong di Kuala Ping dekat Hulu Terengganu iaitu 20.59 meter berbanding paras bahaya 20.00 meter, Sungai Nerus di Kampung Langkap iaitu 21.68 meter berbanding paras bahaya 21.50 meter dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan iaitu 3.89 meter berbanding paras bahaya 3.00 meter.
Menurut portal itu, dua sungai di daerah Besut pula telah melebihi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Besut di Kampung La iaitu 20.38 meter berbanding paras berjaga-jaga 19.8 meter dan Sungai Besut di Jambatan Keruak iaitu 33.24 meter melebihi paras berjaga-jaga 33.00 meter.
Dua sungai lain ialah Sungai Chalok di Setiu setinggi 7.30 meter berbanding paras berjaga-jaga 7.00 meter dan Sungai Dungun di Kuala Jengah iaitu 19.74 meter berbanding paras berjaga-jaga 19.50 meter.
Bagaimanapun kesemua sungai itu kini mencatat trend penurunan kecuali Sungai Chalok di Setiu yang terus mencatat peningkatan paras air.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2017
Bapa dan anaknya membawa keluar kucing peliharaan selepas rumah mereka dinaiki banjir di Kampung Kolam pada 31 Disember. - Bernama
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.