Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya merampas satu kontena mengandungi 4.3 juta batang rokok yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Senari di sini pada 4 Disember lalu.
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, keseluruhan rampasan adalah bernilai RM390,000 dengan anggaran cukai berjumlah RM3.2 juta.
“Semua rokok itu disita di bawah peruntukan Seksyen 114, Akta Kastam 1967 kerana disyaki diimport tanpa lesen. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan,” katanya.
Berdasarkan pemeriksaan di dalam Sistem Maklumat Kastam (SMK), barangan tersebut dideklarasi sebagai pembersih cat kuku dan pembersih air, namun hasil siasatan lanjut, kontena terbabit didapati mengandungi 430 kotak rokok putih jenama Rave.
Subromaniam berkata demikian pada satu sidang media di Wisma Kastam di sini pada Isnin.
Menurutnya, jika sabit kesalahan, denda akan dikenakan tidak kurang daripada 10 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih dari 20 kali ganda, atau hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam perkembangan berasingan, Bernama melaporkan, JKDM dijangka menggantung lesen 12 ejen penghantaran tidak lama lagi, yang disyaki terlibat membuat ikrar palsu berkaitan pelanggan mereka bertujuan membantu penipuan, penyeludupan barang atau melarikan cukai.
Subromaniam berkata, adalah mustahil bagi ejen-ejen ini untuk tidak tahu barang apa yang dibawa mereka, kerana salah satu daripada syarat lesen diberikan kepada mereka adalah, mereka perlu tahu pelanggan mereka.
Katanya, 12 ejen ini sedang disiasat kerana berdasarkan sistem demerit yang diperkenalkan jabatan sekitar April lepas, ejen-ejen ini disyaki melakukan banyak kesalahan, seperti meletakkan nama syarikat pelanggan yang tidak betul atau alamat pelanggan yang palsu.
“Banyak kali siasatan kita tergendala disebabkan isu nama dan alamat pelanggan ini, sebab itu cara terbaik ialah kita gantung atau batalkan lesen ejen-ejen ini, yang juga boleh menjadi amaran kepada ejen-ejen penghantaran yang lain,” katanya.
Menurutnya kebanyakan ejen-ejen ini beroperasi di pelabuhan di Johor, Pelabuhan Klang, Bukit Kayu Hitam, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Shaibullah Sabeli
Mon Dec 11 2017
Semua rokok disita di bawah peruntukan Seksyen 114, Akta Kastam 1967 kerana disyaki diimport tanpa lesen. - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
MAQIS rampas 225 tan kelapa kering dari Papua New Guinea
Kesemua kelapa kering yang dianggarkan bernilai RM 778,500 dibawa menggunakan 16 buah kontena.
4.3 juta batang rokok dengan anggaran cukai RM3.2 juta dirampas
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, keseluruhan rampasan adalah bernilai RM390,000 dengan anggaran cukai berjumlah RM3.2 juta.