awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
Syarikat telco diminta segera pulihkan gangguan perkhidmatan selular di Pulau Tioman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4,352 Pegawai Perubatan terima surat tawaran lantikan tetap - KKM

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
07/08/2025
05:50 MYT
4,352 Pegawai Perubatan terima surat tawaran lantikan tetap - KKM
Seramai 4,352 calon Pegawai Perubatan Gred UD10 akan menerima surat tawaran lantikan tetap selewat-lewatnya pada 18 Ogos ini.
PUTRAJAYA: Seramai 4,352 calon Pegawai Perubatan Gred UD10 akan menerima surat tawaran lantikan tetap selewat-lewatnya pada 18 Ogos ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan AI
  • Seramai 4,352 calon Pegawai Perubatan Gred UD10 akan menerima surat tawaran lantikan tetap selewat-lewatnya 18 Ogos, dengan pelaporan diri ke fasiliti KKM bermula 2 Oktober secara berperingkat.
  • Pelantikan dilaksanakan secara berfasa melibatkan beberapa kohort kontrak, dengan sesi libat urus bersama MoF, SPA dan JPA bagi memastikan proses berjalan lancar dan teratur.
  • Langkah ini selaras dengan strategi KKM untuk memperkukuh sistem kesihatan awam melalui pengisian jawatan kritikal, susulan arahan Perdana Menteri agar proses birokrasi dipercepatkan.

Podcast ini dijana oleh AI menggunakan data yang sahih dan telah disemak mengikut piawaian kewartawanan AWANI.
Dalam kenyataan hari ini, KKM memaklumkan bahawa semua calon yang bersetuju menerima tawaran tersebut akan melapor diri secara berperingkat ke fasiliti kesihatan KKM di seluruh negara, bermula 2 Oktober.
“Pelantikan ini akan dilaksanakan secara berfasa kerana melibatkan pegawai daripada beberapa kohort lantikan kontrak. Pendekatan ini juga bertujuan memastikan susunan kekananan serta kebajikan pegawai terpelihara,” menurut kenyataan itu.
KKM turut menjelaskan bahawa sesi libat urus telah diadakan bersama Kementerian Kewangan (MoF), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memastikan proses pelantikan berjalan lancar dan mengikut perancangan.
Kementerian itu juga menegaskan komitmennya untuk memastikan keseluruhan proses berlangsung secara teratur dan berkesan.
“Langkah ini selaras dengan strategi KKM untuk memperkukuh sistem penjagaan kesihatan awam negara melalui pengisian jawatan kritikal yang dirancang secara menyeluruh, seimbang dan berdasarkan keperluan semasa perkhidmatan,” tambah kenyataan itu.
Terdahulu, pada 23 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan Inisiatif Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia berkata, kerajaan akan menyegerakan pengisian 4,352 jawatan di fasiliti kesihatan, termasuk lantikan tetap bagi doktor kontrak, susulan keperluan mendesak dalam sektor kesihatan negara.
Beliau turut mengarahkan KKM mempercepatkan proses birokrasi yang menjadi punca kelewatan, memandangkan pada asalnya kementerian menjangkakan jawatan berkenaan hanya dapat diisi sepenuhnya menjelang November.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#SPA
#JPA
#pegawai perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan