SHAH ALAM: Sebanyak 4,816 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Sabtu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak 4,648,931 kes.

Menerusi portal CovidNow, sebanyak sembilan kematian direkodkan dengan satu kes daripadanya adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,911 orang.

Dalam pada itu, sebanyak 49,547 kes aktif dengan 47,932 atau 96.7 peratus individu dikuarantin di rumah manakala 31 individu lagi ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, seramai 1,535 pesakit dimasukkan ke hospital dengan 21 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. - Sinar Harian