awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
Ratusan ribu sertai perarakan Black Nazarene di Filipina
Kematian Zara Qairina buka mata aspek keselamatan, hanya 28 peratus CCTV sekolah berfungsi - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 anggota 'Geng Tebuk' warga Vietnam ditembak mati

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/08/2018
04:24 MYT
4 anggota 'Geng Tebuk' warga Vietnam ditembak mati
Keadaan kereta yang dinaiki keempat-empat suspek setelah ditembak polis. - Astro AWANI
Polis menembak mati empat penjenayah warga Vietnam selepas berlaku tembak-menembak di Kilometer 19.2, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) berhampiran Plaza Tol Lunas awal pagi tadi.
Empat lelaki berkenaan dipercayai anggota 'Geng Tebuk' yang terlibat dengan kegiatan pecah masuk gudang dan pasar raya untuk menebuk peti simpanan wang.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, SAC Mior Farid Al Athrash Wahid, anggota polis sedang membuat rondaan di Padang Serai sebelum terlihat sebuah kenderaan jenis Proton Saga FLX dalam keadaan mencurigakan.
Selepas mengekori kereta yang dinaiki empat suspek tersebut, polis berjaya memintas dan melakukan sekatan di laluan motosikal.
Salah seorang suspek kemudian melepaskan tembakan ke arah polis.
Keadaan itu memaksa polis untuk bertindak dengan menembak mati kesemua suspek.
.
.
.
.
Hasil pemeriksaan kenderaan, polis menemui sepucuk pistol dan dua bilah parang.
Mior Farid berkata siasatan polis masih dijalankan.
Topic Berkaitan
#BKE
#geng tebuk
#lebuhraya butterworth kulim
#penjenayah
#warga Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan