awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 rumah terbakar, 5 kanak-kanak sempat selamatkan diri

Sinar Harian
Sinar Harian
01/04/2023
06:39 MYT
4 rumah terbakar, 5 kanak-kanak sempat selamatkan diri
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan empat unit rumah sewa dalam kejadian di Lorong Surau Sayyidah Zainab, Kampung Delek Kanan pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
KLANG: Lima kanak-kanak nyaris maut dalam kebakaran melibatkan deretan empat buah rumah dalam kejadian di Lorong Surau Sayyidah Zainab, Kampung Delek Kanan di sini pada Sabtu.
Bagaimanapun kesemua mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan itu sempat menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.09 pagi.
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja, Sungai Pinang, Sri Andalas dan Pelabuhan Klang dengan kekuatan seramai 24 anggota dikejarkan ke lokasi kebakaran dan tiba pada jam 10.19 pagi.
"Kebakaran memusnahkan empat unit rumah sewa melibatkan satu unit bangunan satu tingkat," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Menurut beliau, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan.
"Kejadian dipercayai melibatkan lima kanak-kanak, bagaimanapun kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri.
"Api berjaya dikawal dari merebak pada jam 10.30 pagi," katanya.
Tambah beliau, anggaran kemusnahan rumah itu antara 70 hingga 90 peratus.
"Setakat ini punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#empat rumah terbakar
#Lima kanak-kanak nyaris maut
#Lorong Surau Sayyidah Zainab
#Kampung Delek Kanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan