Empat sekeluarga, termasuk bayi lelaki berusia 16 bulan, maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di KM37, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Kampung Salak Stesyen, Sungai Siput, Perak, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, Lans Koperal Mohamad Faiz Bakhari, 28, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput bersama isterinya, Nik Iedayu Nik Hassan, 27; anak bongsunya, Muhammad Faqih Irsyad, 16 bulan; serta kakak iparnya, Nik Ifeka, 28, disahkan maut di tempat kejadian.
Anak sulung mangsa, Muhammad Fariz Iskandar berusia 3 tahun dilaporkan parah dan dihantar untuk rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata siasatan awal mendapati treler muatan bahan binaan yang dipandu dari arah Ipoh dipercayai terbabas.
"Siasatan awal kami mendapati treler ini telah terbabas dan memasuki laluan bertentangan. Disebabkan itu, sebuah kereta yang tidak dapat mengelak terus terlanggar di bahagian tepi (treler).
"Pemandu kereta ialah anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sungai Siput.
"Yang mati semuanya satu keluarga -- suami, isteri, kakak ipar kepada pemandu, dan anak kepada pemandu," kata Mohd Khaizam ketika ditemui di Hospital Sungai Siput.
Pemandu treler berumur 26 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan ditahan untuk diambil keterangan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak berkata mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 10.26 malam.
"Setibanya bomba di tempat kejadian, kami dapati ada tiga mangsa yang tersepit di dalam kereta dan dua mangsa berada di luar kenderaan.
"Pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan ketiga-tiga mangsa yang tersepit untuk diberi rawatan oleh pihak hospital dan seterusnya dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk diberi rawatan selanjutnya."
Difahamkan jenazah semua mangsa akan dikebumikan di kampung halaman mereka di Kota Bharu, Kelantan selepas selesai proses bedah siasat.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Feb 14 2020
Empat sekeluarga, termasuk bayi lelaki berusia 16 bulan, maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di KM37, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar. -Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Pemuda maut dalam perjalanan ke rumah tunang
Hasrat seorang pemuda berkunjung ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai, Jerantut untuk makan tengah hari tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di KM 9 Jalan Benta-Jerantut, hari ini.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok
Polis berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.
Remaja maut rempuh kenderaan polis
Mangsa tercampak setinggi beberapa meter sebelum terjatuh apabila motosikalnya merempuh kenderaan polis.
Dua rakan maut pulang selepas cuti beraya
Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan melanggar tembok simen pembahagi jalan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak.
Tragedi pagi Syawal: 3 maut, 3 parah dilanggar ketika ke masjid untuk solat Aidilfitri, pemandu positif ganja
Kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.
“Orang lain gembira… tapi saya trauma bila tiba Aidilfitri”
Dua anak lelaki Aslina maut dalam kemalangan jalan selang dua tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Lori sampah rosak brek rempuh 14 kenderaan di persimpangan lampu isyarat
Lori sampah tersebut yang mengalami masalah brek melanggar kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat.