awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

40 peserta HRDF berjaya tamat kursus salon

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2021
20:25 MYT
40 peserta HRDF berjaya tamat kursus salon
Kursus pendandan rambut profesional yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan itu adalah sebahagian daripada inisiatif PENJANA dan HRDF. - Gambar HRDF
KUALA LUMPUR : 40 pelatih tamat kursus pendandan rambut profesional yang dianjurkan A Cut Above Academy bersama Ekuiti Bumiraya Sdn Bhd.
Kursus pendandan rambut profesional yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan itu adalah sebahagian daripada inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).
Peserta menjalani latihan profesional termasuk teknik menggunting dan pewarnaan rambut tahap lanjutan menerusi kursus intensif selama tujuh hari ini.
Kursus kemahiran ini dikendalikan dalam norma baharu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan memberi fokus kepada mereka yang kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Di bawah seliaan Peter Wong yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam industri pendandan rambut, peserta kursus diajar kemahiran penggayaan dan teknik menggunting rambut lelaki dan wanita mengikut perkembangan terkini penggayaan Asia dan antarabangsa.
A’Cut Above Academy mula memberi kursus kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang mendandan rambut sejak tahun 2004 dan telah menerima pengiktirafan lima bintang daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Topic Berkaitan
#HRDF
#Kementerian Sumber Manusia
#salon
#pendandan rambut
#COVID-19
#terjejas pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan