awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4,000 jawatan kosong ditawar di Minggu Karnival PenjanaKerjaya Merdeka 2020

Bernama
Bernama
27/08/2020
10:17 MYT
4,000 jawatan kosong ditawar di Minggu Karnival PenjanaKerjaya Merdeka 2020
Program sempena sambutan Hari Kebangsaan itu selari dengan inisiatif kerajaan bagi memastikan semua yang terjejas pekerjaan mereka akibat pandemik COVID-19, mendapat pekerjaan baharu, kata Saravanan. - Gambar BERNAMA.
Lebih 4,000 kekosongan jawatan ditawarkan oleh 85 syarikat yang menyertai Program Minggu Karnival PenjanaKerjaya Merdeka 2020 yang sedang berlangsung di seluruh negara sehingga Sabtu ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, program sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 tahun itu selari dengan inisiatif kerajaan bagi memastikan semua yang terjejas pekerjaan mereka akibat pandemik COVID-19, mendapat pekerjaan baharu.
Beliau berkata, pelbagai aktiviti dirangka sepanjang program minggu karnival itu, termasuk temu duga terbuka khas untuk semua golongan pencari kerja di negara ini.
"Kementerian berharap usaha murni dengan menyediakan perkhidmatan pekerjaan di Bulan Kebangsaan ini akan dapat membantu golongan pencari kerja memperoleh pekerjaan dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran negara.
"Pengunjung juga diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di setiap lokasi karnival berlangsung," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Orang ramai boleh lawati laman Facebook Eis Perkeso atau hubungi 03-8091 5300 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#jawatan kosong
#karnival
#M Saravanan
#PenjanaKerjaya Merdeka
#perkeso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan