awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

401 kes penyelewengan minyak masak direkod, nilai rampasan RM15.57 juta

Bernama
Bernama
31/03/2022
12:01 MYT
401 kes penyelewengan minyak masak direkod, nilai rampasan RM15.57 juta
Nanta berkata, tindakan penguatkuasaan itu akan dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi Op Goreng mengesan sebanyak 401 kes penyelewengan pembekalan minyak masak termasuk bersubsidi dengan nilai rampasan RM15.57 juta bagi tempoh 2013 hingga Februari lepas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kes-kes berkenaan dikesan hasil tindakan penguatkuasaan KPDNHEP ke atas pelbagai peringkat rantaian pengedaran seperti pengilang, pemborong dan peruncit.
"Mereka ini disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan peraturan-peraturan di bawahnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
KPDNHEP mewujudkan Op Goreng bertujuan melakukan pemantauan khusus ke atas syarikat pembungkus, pemborong dan peruncit minyak masak di bawah Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS).
Dalam tempoh tersebut juga, sembilan kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) serta melibatkan nilai pembekuan ke atas aset syarikat berjumlah RM1.79 juta.
Berdasarkan statistik sehingga Februari lepas, Nanta berkata sebanyak 27 syarikat telah digantung atau dibatalkan lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
"KPDNHEP memandang serius isu berkaitan penyelewengan dan ketirisan minyak masak bersubsidi dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam penyelewengan dan aktiviti haram khususnya berkaitan minyak masak bersubsidi," katanya.
Berhubung pembukaan semula sempadan negara bermula esok, beliau berkata KPDNHEP akan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan di pintu masuk sempadan untuk memastikan isu-isu berkaitan ketirisan barang kawalan termasuk minyak masak bersubsidi dibanteras sepenuhnya.
Tindakan penguatkuasaan itu akan dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
"Masyarakat disaran untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak masak
#KPDNHEP
#penyelewengan
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan