awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

415 mangsa banjir di Sabah berada di pusat pemindahan

Bernama
Bernama
15/09/2025
01:10 MYT
415 mangsa banjir di Sabah berada di pusat pemindahan
JPBN memaklumkan PPS Sk St Paul menunjukkan jumlah mangsa semakin meningkat berikutan hujan berterusan sejak malam tad. - Foto fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Seramai 415 mangsa banjir daripada 113 keluarga berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) dan sebuah Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di Sabah setakat 8 pagi ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, 155 orang daripada 51 keluarga ditempatkan di PPK Selagon, Beaufort yang dibuka sejak 9 Sept lalu.
"Dua lagi PPS ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) St Paul, Kolopis yang menempatkan 59 orang daripada 19 keluarga, manakala Dewan Huguan Siou menempatkan 142 mangsa daripada 32 keluarga," menurut JPBN dalam kenyataan hari ini.
JPBN memaklumkan PPS Sk St Paul menunjukkan jumlah mangsa semakin meningkat berikutan hujan berterusan sejak malam tadi manakala di Dewan Huguan Siou trend mangsa menurun.
"Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir iaitu 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kawasan pedalaman Sabah melibatkan Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan; serta di Pantai Barat melibatkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Membakut memaklumkan sebuah lagi PPS iaitu Dewan Masyarakat Bongawan telah dibuka pada 8.22 pagi tadi.
Pembukaan itu dibuat selepas pemeriksaan mendapati kawasan dan rumah penduduk terjejas bencana (PTB) tidak selamat untuk didiami.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#PPK
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan