SEREMBAN: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS) menahan 43 pendatang tanpa izin atas pelbagai kesalahan menerusi empat serbuan di restoran dan pusat urut sekitar daerah ini, semalam.
Pengarahnya Kennith Tan Ai Kiang berkata kesemua yang ditahan dalam operasi bermula 9 pagi hingga 7 malam itu berusia lingkungan 17 hingga 47 tahun, terdiri daripada 34 lelaki serta tujuh wanita warga Myanmar dan dua wanita Thailand.
Beliau berkata semasa operasi di sebuah lokasi serbuan itu, seorang pegawai wanita mengalami kecederaan ringan setelah dirempuh seorang lelaki warga asing yang cuba melarikan diri.
"Bagaimanapun, pasukan JIMNS berjaya menangkap lelaki berkenaan dalam kawasan semak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
"Kesemua mereka kemudiannya dihantar dan ditahan di Depot Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut. Lima borang Saman Kepada Saksi untuk hadir ke pejabat turut dikeluarkan kepada individu dalam operasi tersebut bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Kennith berkata JIMNS tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk kegiatan melanggar undang-undang dan memastikan usaha membanteras pendatang asing tanpa izin sentiasa dilaksanakan.
Katanya, operasi penguatkuasaan di seluruh Negeri Sembilan dijalankan secara berterusan bagi menangani masalah terbabit selain mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dengan identiti pemberi maklumat dirahsiakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS) menahan 43 pendatang tanpa izin atas pelbagai kesalahan menerusi empat serbuan di restoran dan pusat urut sekitar Seremban, semalam. - Gambar fail/BERNAMA
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan
Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Imigresen Perak gempur pelacur warga asing, 24 ditahan
Serbuan dibuat berdasarkan hasil pemantauan dan risikan yang telah dijalankan oleh Unit Risikan JIM di kesemua lokasi tersebut.
Imigresen, JPJ tahan 74 pendatang dalam operasi bersepadu
Jabatan Imigresen Kelantan menahan 74 pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi tadi.
Jabatan Imigresen tahan 48 pendatang tanpa izin di Klang
Jabatan Imigresen (JIM) menyerbu sebuah kilang barangan kitar semula menahan 48 pendatang asing tanpa izin di Klang, semalam.
Setahun tinggal tanpa permit, pendatang tanpa izin dicekup Imigresen
358 pendatang tanpa izin diperiksa dengan 158 daripadanya ditahan kerana tinggal di Malaysia tanpa pas/permit yang sah dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan.
Verifikasi pekerja asing: Hanya 65 peratus majikan berbuat demikian - JIMNS
Majikan yang belum melakukannya digesa segera berbuat demikian dan lebih proaktif terhadap perkara itu kerana program berkenaan akan tamat pada 31 Mac ini.
Imigresen tahan enam pendatang tanpa izin di Labuan
Jabatan Imigresen (JIM) Labuan menahan enam pendatang tanpa izin dalam operasi dijalankan pada Khamis lepas dan semalam.
Jabatan Imigresen tumpaskan sindiket 'Ali Rohingya’
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penyeludupan etnik Rohingya dalam satu operasi khas di sekitar Kota Bharu, Kelantan.
Pendatang tanpa izin digesa sertai Program Repatriasi Migran bermula 1 Mac
Susulan Program Repatriasi Migran (PRM) yang akan dilaksanakan bermula 1 Mac hingga 31 Dis ini.