PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia selepas menahan lapan warga Bangladesh dalam operasi di sebuah premis kediaman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Khamis lepas.
Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh dalam kenyataan hari ini berkata pasukan operasi telah diatur gerak ke premis itu pada hari berkenaan berdasarkan maklumat yang diterima, dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
"Suspek memecut setelah menyedari kehadiran pasukan operasi tetapi dia berjaya dipintas.
"Hasil pemeriksaan pasukan operasi menahan seorang lelaki Bangladesh yang disyaki sebagai 'transporter' berusia lingkungan 33 tahun bersama dua pendatang tanpa izin warga Bangladesh," katanya.
Beliau berkata seterusnya hasil pemeriksaan di kediaman itu pasukan operasi menahan lima pendatang warga Bangladesh yang didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas sah untuk berada dalam negara.
Menurutnya pasukan operasi telah merampas 10 pasport Bangladesh, tiga telefon bimbit, wang tunai sebanyak RM500 dan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipercayai digunakan untuk membawa pendatang tanpa izin berkenaan.
Ruslin berkata modus operandi sindiket adalah dengan membawa pendatang tanpa izin terutamanya warga Bangladesh yang ingin mencari pekerjaan secara haram di negara ini dengan menaiki pesawat dari Bangladesh ke Vietnam, dan dari Vietnam mereka akan ke Thailand menerusi jalan darat.
"Seterusnya mereka dibawa menaiki bot dari Thailand untuk ke Kelantan dan 'transporter' warga tempatan pula akan membawa mereka ke premis kediaman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dengan menaiki kereta.
"Mereka akan dihantar ke lokasi yang dipilih sendiri setelah selesai membuat bayaran kepada agen warganegara Bangladesh yang berada di Malaysia.
"Hasil siasatan mendapati sindiket mengenakan bayaran RM13,000 hingga RM21,000 bagi setiap seorang, dan kegiatan ini telah beroperasi selama dua bulan," katanya.
Beliau berkata 'transporter' berkenaan ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 manakala yang lain ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024
JIM berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan manusia selepas menahan lapan warga Bangladesh dalam operasi di sebuah premis kediaman di Jalan Sultan Ismail, Khamis lepas. -Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.
Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan empat lelaki China
Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini pada Isnin dan semalam.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.