KUALA LUMPUR: Seramai 44,376 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 1,353,370 atau 38.1 peratus daripada populasi kanak-kanak dari kumpulan umur sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,855,208 individu atau 91.8 peratus telah lengkap divaksinasi dan 2,953,452 individu atau 95 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, bagi populasi dewasa, seramai 15,888,368 individu atau 67.5 peratus telah menerima dos penggalak, 22,955,102 individu atau 97.6 peratus lengkap vaksinasi dan 23,232,340 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 25,487 dos vaksin diberikan semalam, melibatkan 2,631 dos pertama, 11,755 dos kedua dan 11,101 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 69,069,817.
Dalam pada itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 32 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di negara ini semalam dengan Johor dan Selangor masing-masing merekodkan jumlah tertinggi sebanyak tujuh kematian.
Ia diikuti Perak dengan lima kes, Terengganu (empat) selain Kedah dan Melaka, masing-masing merekodkan tiga kes.
Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perlis pula masing-masing mencatatkan satu kes kematian akibat COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022
Sebanyak 25,487 dos vaksin diberikan semalam, melibatkan 2,631 dos pertama, 11,755 dos kedua dan 11,101 dos penggalak.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
COVID-19: 1,722 kes baharu, dua kematian dicatat
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 23,038 manakala 22,011 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 1,483 kes baharu, lima kematian dicatat
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 22,957 manakala 21,958 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 1,360 kes baharu, satu kematian dicatat
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 24,097 dengan 23,075 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 1,867 kes baharu, empat kematian dicatat
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,174 dengan 24,071 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 1,186 kes baharu, tujuh kematian direkod
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 24,021 dengan 22,874 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 1,608 kes baharu, dua kematian direkod
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 24,532 dengan 23,336 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 2,070 kes positif, empat kematian pada Jumaat
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,717 dan 95.4 peratus atau 24,528 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 2,111 kes baharu, tujuh kematian direkod pada Rabu
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,327 dengan 24,169 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 1,667 kes baharu, tujuh kematian
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 24,715 dan 95.4 peratus atau 23,577 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 1,307 kes baharu, lima kematian
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,083 dan 95.1 peratus atau 23,866 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.