awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

44 'Keldai Akaun" ditahan, kerugian RM17.29 juta- PDRM

Bernama
Bernama
05/03/2018
15:36 MYT
44 'Keldai Akaun" ditahan, kerugian RM17.29 juta- PDRM
Pengarah JSJK Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata kesemua suspek yang terdiri daripada 17 lelaki dan 27 wanita berumur 21 hingga 27 tahun itu mempunyai rekod kes jenayah siber berulang. - Gambar fail
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 44 orang individu disyaki menjadi keldai akaun atau 'mule account' selepas akaun mereka terlibat dalam kes jenayah siber, dalam Operasi Mule Account Siri 1/2018.
Pengarah JSJK Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata kesemua suspek yang terdiri daripada 17 lelaki dan 27 wanita berumur 21 hingga 27 tahun itu mempunyai rekod kes jenayah siber berulang melebihi lima laporan polis.
"Operasi berkenaan dijalankan serentak di seluruh negara dengan menyasarkan pemilik akaun yang mempunyai lebih daripada lima laporan polis melibatkan tiga modus operandi jenayah siber iaitu Macau Scam, African Scam dan E-Financial Fraud.
"Kebanyakan pemilik akuan yang ditahan terdiri daripada wanita yang rata-rata mempunyai hubungan dengan dalang selain daripada pelajar, suri rumah atau penganggur dan terlibat dalam 319 kertas siasatan jenayah siber membabitkan kerugian berjumlah RM17.29 juta," katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini hari ini.
Menurut Amar Singh, 'keldai akaun' merupakan akaun milik individu yang telah disalah guna oleh sindiket atau 'scammer' bagi menjalankan sebarang transaksi tanpa atau diketahui oleh pemilik.
Katanya kebanyakan dalang kegiatan jenayah siber ini adalah warga asing yang memerlukan individu tempatan sebagai 'orang tengah' atau keldai akaun bagi mendapatkan akaun untuk melakukan transaksi pemindahan wang melaui akaun.
"Ada di antara keldai akaun ini diberikan ganjaran dari segi wang dan barangan berharga selain dikaburi dengan 'hubungan cinta' oleh dalang utama bagi memujuk mereka memberikan maklumat peribadi bagi tujuan membuka akaun yang dijadikan sebagai transit pemindahan wang dalam kegiatan jenayah siber," katanya.
Amar Singh berkata semua suspek akan dihadapkan ke mahkamah dan akan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman
#jenayah siber
#keldai akaun
#Operasi Mule
#PDRM
#Seksyen 420 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan