awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
Festival kira detik ambang tahun baharu buka tirai Tahun Melawat Malaysia 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

447 pelajar sekolah menengah negara ini positif dadah - AADK

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2018
03:16 MYT
447 pelajar sekolah menengah negara ini positif dadah - AADK
Izhar berkata, angka itu merupaka jumlah yang dicatat sejak Januari hingga Februari tahun ini. - Gambar fail
Pengaruh dadah di kalangan penuntut sekolah semakin membimbangkan apabila ianya mula menular di kalangan pelajar sekolah menengah.
Menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), seramai 447 pelajar sekolah menengah seluruh negara dikesan positif dadah dalam ujian saringan air kencing yang dilakukan dalam operasi khas baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datuk Izhar Abu Talib berkata, angka itu merupakan jumlah yang dicatat sejak Januari hingga Februari tahun ini.
Jelasnya, kesemua pelajar terlibat akan diberi peluang kedua dengan mengikuti sesi kaunseling dan program intervensi bagi mengatasi masalah sosial ini.
Dalam Operasi Perdana (Op Perdana) yang dilancarkan sejak dua hari lepas di sekitar Chow Kit dan Dang Wangi, di sini, seramai 97 individu ditangkap kerana positif dadah.
Ada di antaranya adalah penuntut universiti swasta dan remaja bawah 21 tahun .
Operasi yang tertumpu di hotel bajet, kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pusat hiburan turut mengesan sepasang penagih tegar yang sanggup membawa anak kecil tinggal bersama ketika menghisap dadah.
Mereka didapati menyewa sebuah hotel bajet di ibu negara.
“Penghuni-penghuni bajet murah itu di sekitar Chow Kit memang kebanyakannya didapati mengambil dadah, sebab mereka tahu mereka tidak ada port (tempat) lain di sekitar Kuala Lumpur ini.
"Mereka menjadikan hotel bajet ini sebagai port untuk mereka tinggal, dan dalam waktu yang sama mendapatkan bekalan dan mengambil dadah," kata Izhar kepada pemberita.
Semakan mendapati, lapan daripada mereka berusia 13 hingga 19 tahun, manakala 68 penagih berusia 20 hingga 40 tahun dan selebihnya berusia 41 tahun ke atas.
Turut dirampas ialah pelbagai dadah jenis eramin methaphetamin, amphethamin, heroin, ganja dan pil kuda.
Tambahnya, Op Perdana ini akan diteruskan bagi menangani masalah sosial yang dikatakan semakin menjad-jadi dan tidak pernah habis.
Topic Berkaitan
#AADK
#Agensi Anti Dadah Kebangsaan
#Dadah
#masalah dadah
#pelajar sekolah
#positif dadah
#Sekolah Menengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan