awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

45.7 peratus populasi dewasa terima dos penggalak setakat semalam

Bernama
Bernama
24/01/2022
02:10 MYT
45.7 peratus populasi dewasa terima dos penggalak setakat semalam
Sejumlah 131,168 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 817 dos pertama, 973 dos lengkap dan 129,378 dos penggalak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seramai 10,701,460 individu atau 45.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat malam tadi.
Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, seramai 22,915,836 individu atau 97.9 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dos vaksin COVID-19 mereka, manakala 23,193,511 individu atau 99.1 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,780,413 individu atau 88.3 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,864,161 individu atau 91.0 peratus daripada populasi itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sementara itu, sejumlah 131,168 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 817 dos pertama, 973 dos lengkap dan 129,378 dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 62,251,745 dos termasuk 10,701,460 dos penggalak.
Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, sembilan kes kematian direkodkan semalam.
Johor dan Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi masing-masing dengan tiga kes diikuti Perak, Sabah dan Selangor masing-masing satu kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#populasi dewasa
#populasi remaja
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan