awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

46 juta data peribadi bocor: Polis kenal pasti sumber

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/11/2017
05:38 MYT
46 juta data peribadi bocor: Polis kenal pasti sumber
Mohamad Fuzi berkata kebocoran data itu berlaku semasa proses transaksi penukaran data oleh pihak yang mengambil kesempatan. - Screengrab dari sayakenahack.com
Polis telah mengenal pasti dan sedang mengambil tindakan terhadap sumber yang membocorkan maklumat lebih 46 juta data peribadi pelanggan syarikat komunikasi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kebocoran data itu berlaku semasa proses transaksi penukaran data oleh pihak yang mengambil kesempatan.
"Ini berlaku semasa ada satu syarikat yg terlibat ini dalam membuat pemindahan data itu, mungkin ada dalam kalangan kakitangan mengambil kesempatan daripada transaksi yang berlaku.
"Data ini melibatkan syarikat komunikasi, jadi kita sedang bekerjasama dengan semua penyedia perkhidmatan berkaitan untuk kenal pasti punca kejadian ini berlaku," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Bagaimanapun, Mohamad Fuzi berkata sebarang motif mahupun tujuan suspek membocorkan maklumat tersebut tidak boleh didedahkan pada ketika ini.
Katanya, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) sedang bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung siasatan itu.
Beliau pada masa sama menafikan kebocoran maklumat itu dibuat oleh sindiket.
Topic Berkaitan
#bocor
#jenayah
#Ketua Polis Negara
#maklumat peribadi
#polis
#siasatan
#sindiket
#SKMM
#suspek
#Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
#transaksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan