awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

461 individu ditahan ingkar SOP, rentas negeri paling tinggi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/02/2021
10:33 MYT
461 individu ditahan ingkar SOP, rentas negeri paling tinggi
Sebanyak 543 sekatan jalan raya (SJR) turut dijalankan di seluruh negara pada Jumaat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seramai 461 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi operasi pematuhan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat.
Rentas negeri atau daerah mencatatkan kesalahan paling tinggi iaitu sebanyak 135 kes diikuti 128 orang gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kesalahan lain yang direkodkan adalah gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan sebanyak 72 kes; tidak memakai pelitup muka (77) manakala lain-lain (42).
"Daripada jumlah itu, 430 telah dikenakan kompaun manakala 31 direman," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mengenai Op Benteng pula, Ismail Sabri berkata, 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tiga tekong telah ditahan manakala lapan kenderaan darat dirampas menerusi operasi itu, semalam.
"Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 119 buah bot atau kapal di perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan," tambahnya.
Sebanyak 543 sekatan jalan raya (SJR) turut dijalankan di seluruh negara pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#perintah kawalan pergerakan
#pelitup muka
#rentas negeri
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan