awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

47 peratus pekerja sektor formal terima gaji di bawah Paras Garis Kemiskinan - Rafizi

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
04/08/2023
08:44 MYT
47 peratus pekerja sektor formal terima gaji di bawah Paras Garis Kemiskinan - Rafizi
Rafizi Ramli berkata dapatan tersebut adalah berdasarkan kepada Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal), Suku Tahun Pertama 2023 yang dilancarkan olehnya hari ini.
PUTRAJAYA: Sebanyak 47 peratus pekerja dalam sektor formal di Malaysia menerima kadar upah yang berada di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM2,589.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata dapatan tersebut adalah berdasarkan kepada Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal), Suku Tahun Pertama 2023 yang dilancarkan olehnya hari ini.
“PGK adalah RM2,589. Kalau di bawah RM2,600, maka kita dikira sebagai miskin. Gaji kehidupan wajar RM3,047.
“Median upah bulanan, yang bermaksud 50 peratus daripada pekerja kita setakat Mac ini, jumlah pekerja yang mendapat upah RM2,500 sebulan ialah 47 peratus daripada pekerja kita berada dibawah paras kemiskinan,” katanya
Rafizi mengakui bahawa Malaysia berdepan dengan masalah gaji yang struktural, berdasarkan kepada dapatan Laporan Statistik Upah Pekerja yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
BACA: Median upah bulanan pekerja sektor formal di Malaysia hanya RM2,600
Antara lain, ia disumbangkan oleh pelaksanaan gaji minimum yang telah menyebabkan gaji graduan berkemahiran sama rendah dengan pekerja tidak berkemahiran.
“Gaji minimum sekarang ini RM1,500. Konsep gaji minimum ini, apabila ia ditetapkan, maka gaji permulaan graduan Ijazah naik lebih tinggi untuk menjarakkan daripada gaji minimum, kerana gaji minimum adalah untuk pekerjaan tidak berkemahiran.
“Tetapi statistik gaji untuk dapatan awal ini menunjukkan sebenarnya menarik (gaji permulaan) ke bawah lagi. Ini kerana gaji minimum digunakan sebagai gaji rujukan untuk membayar (gaji) terutamanya pelajar baru bergraduan dan pekerja-pekerja berkemahiran yang muda-muda ini.
“Ini satu fenomena yang perlukan dasar yang segera untuk kita betulkan keadaaan. Di peringkat Kementerian Ekonomi isu ini merupakan antara isu yang diberikan tumpuan,” jelasnya.
Rafizi berkata Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal), Suku Tahun Pertama 2023 merupakan statistik pertama yang menggunakan data granular berbanding kaedah pensampelan.
Statistik ini juga merupakan produk awal daripada Pangkalan Data Utama (PADU) yang diusahakan kerajaan.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Statistik Upah Pekerja
#pekerja formal
#miskin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan