awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

48,000 stok ubat antiviral Paxlovid tiba di Malaysia hari ini - Dr Noor Hisham

Bernama
Bernama
11/04/2022
09:56 MYT
48,000 stok ubat antiviral Paxlovid tiba di Malaysia hari ini - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata ubat antiviral berkenaan tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada vaksinasi COVID-19, atau pengganti kepada tindakan kesihatan awam untuk mengelakkan dijangkiti COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 48,000 stok ubat antiviral bagi rawatan COVID-19 Paxlovid (PF-07321332 / Nirmatrelvir 150mg Film-Coated Tablets and Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets) keluaran Pfizer, telah diterima hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata stok ubat berkenaan, yang disyorkan untuk rawatan pesakit COVID-19 berumur 18 tahun dan ke atas, yang tidak memerlukan terapi oksiden dan berisiko tinggi untuk mendapat gejala yang teruk, tiba di Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd hari ini.
Menerusi ciapan di Twitter, beliau berkata ubat antiviral berkenaan tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada vaksinasi COVID-19, atau pengganti kepada tindakan kesihatan awam untuk mengelakkan dijangkiti COVID-19.
"Penggunaan Paxlovid adalah satu lagi senjata melawan COVID-19, iaitu ia ubat antiviral untuk aspek rawatan COVID-19. Ia diberikan segera selepas dikesan positif COVID-19 dan dalam tempoh masa lima hari gejala bermula, untuk keberkesanan optimum," katanya.
Pada 5 Mac lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilapor sebagai berkata bagi perolehan fasa pertama antiviral itu, Malaysia telah membeli ubat itu untuk 110,000 pesakit bagi diberikan kepada individu berisiko tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ubat antiviral
#paxlovid
#Pfizer
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan