awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

49,000 pekebun kecil getah terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 14 April

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2023
02:00 MYT
49,000 pekebun kecil getah terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 14 April
BKKA khusus kepada pekebun kecil getah ini diharap dapat meringankan beban mereka dalam memenuhi keperluan sempena sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada 49,000 pekebun kecil getah dengan peruntukan RM9.8 juta akan disalurkan sebelum atau pada 14 April ini.
Menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), BKKA akan turut disalurkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kepada pekebun kecil yang memiliki kebun getah dengan keluasan 2.5 hektar ke bawah.
"Lembaga Getah Malaysia akan menyalurkan BKKA sebanyak RM200 kepada pekebun kecil getah berdaftar dengan keluasan kebun getah melebihi 2.5 hektar sehingga 6.0 hektar.
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 Mac lalu mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menyalurkan BKKA sebanyak RM200 dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM170 juta kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 diawalkan 14 April
Mengulas lanjut, KPK berkata, pihaknya telah mengambil tindakan bagi memastikan kumpulan sasar yang terdiri daripada pekebun kecil getah mendapat manfaat BKKA.
"BKKA 2023 khusus kepada pekebun kecil getah ini diharapkan dapat meringankan beban golongan ini di seluruh negara dalam memenuhi keperluan sempena sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
#pekebun kecil
#risda
#Lembaga Getah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan