BERA: Sebanyak 5,321 peniaga luar bandar telah berdaftar dengan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) sehingga kini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Nanta berkata program ReDI yang bertujuan merapatkan jurang digital terutama peniaga di kawasan luar bandar, menyasarkan 15,000 peniaga untuk berdaftar menjelang 2025.
"Setiap tahun kita sasar 3,750 peniaga berdaftar dengan kita turut turun padang membantu mereka... kita akan lakukan program ini di seluruh negara dengan lokasi dirancang seterusnya adalah Johor," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran ReDI dan Penjenamaan Semula Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Peringkat Kebangsaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Kerayong di sini hari ini.
Mengenai pelancaran ReDI hari ini, Nanta berkata lebih 1,000 daripada 4,000 peruncit di daerah ini telah berdaftar menerusi program itu.
Terdahulu, beliau dalam ucapannya berkata kajian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati sektor peruncitan di bandar adalah lebih pantas beralih kepada penggunaan e-dompet berbanding sektor peruncitan di luar bandar.
Menurutnya, KPDNHEP turut menyedari penggunaan e-dompet di Malaysia meningkat dengan pesat kesan daripada pandemik COVID-19 malah laporan Bank Negara juga mendapati penggunaan e-dompet telah meningkat sebanyak 131 peratus kepada melebihi 600 juta transaksi pada 2020 berbanding tahun sebelumnya.
Nanta berkata sekiranya tiada langkah proaktif diambil kerajaan, golongan peniaga sektor peruncitan di luar bandar dijangka akan jauh ketinggalan dalam arus digitalisasi.
"Sebagai kementerian yang mengawal selia sektor peruncitan, kementerian (KPDNHEP) telah mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan program ReDI di lokasi luar bandar terpilih dan menjadi tumpuan bagi memastikan seluruh sektor peruncitan di dalam negara dapat beralih kepada model perniagaan digital," katanya.
Beliau berkata inisiatif berkenaan antara lain dapat merapatkan jurang digital di bawah sektor peruncitan yang melibatkan peniaga runcit, kedai makan, peniaga pasar malam dan pasar basah melalui penggunaan e-dompet yang lebih mudah dan selamat.
Bagi memastikan sasaran 15,000 peniaga kecil daripada sektor peruncitan mendaftar di bawah Program ReDI, KPDNHEP telah turun ke lapangan bersama rakan strategik penyedia perkhidmatan e-dompet seperti Touch 'n Go, Boost, ShopeePay, GrabPay, Maybank, Paynet ke seluruh negara khususnya di luar bandar dan antara lokasi terpilih Kapit, Sarawak, Kuala Berang (Terengganu) dan Pulau Pangkor (Perak).
Mengenai JMKM, beliau berkata program itu mendapat sambutan menggalakkan dengan setakat 31 Julai lepas, seramai 4.2 juta orang direkodkan mengunjungi program itu di 2,433 lokasi seluruh negara.
Katanya JMKM di sini yang dianjurkan tiga hari bermula semalam membolehkan penduduk setempat membeli barangan keperluan berkonsep premium yang julung kalinya diadakan di kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022
Nanta berkata program ReDI yang bertujuan merapatkan jurang digital terutama peniaga di kawasan luar bandar, menyasarkan 15,000 peniaga untuk berdaftar menjelang 2025. - Gambar fail
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pemimpin lebih muda mampu ubah masa depan negara - Tun M
Menurut Mahathir, pemimpin sekarang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, tidak manfatkaan sumber negara sebaiknya, dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
HUAWEI tawar teknologi pengurusan bencana
Huawei menawarkan kepakaran kepakaran mereka dalam Sistem Pengurusan Bencana , Amaran Awal Bencana dan Sistem Pemantaun Banjir.
Polis buru lelaki kes samun bersenjata tular di FB
Polis sedang giat memburu seorang lelaki terlbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong di Ipoh, pada Rabu.
5,321 peniaga telah berdaftar menerusi ReDI - Nanta
Program ReDI yang bertujuan merapatkan jurang digital terutama peniaga di kawasan luar bandar, menyasarkan 15,000 peniaga untuk berdaftar menjelang 2025.
Kerajaan mahu perkasa ReDI kawasan luar bandar - PM
ReDI bertujuan rapatkan jurang antara bandar dan luar bandar dengan mengadaptasi ekonomi digital terutama pembayaran tanpa tunai.
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bawa kesan positif - PM
Ia menyaksikan kenaikan harga lebih terkawal dengan jaminan rantaian bekalan makanan dan barangan lebih meyakinkan.
ReDI pastikan agenda digitalisasi diperluas ke luar bandar - PM
ReDI merupakan langkah proaktif yang tepat pada masanya dan turut disokong Bank Negara Malaysia dalam mewujudkan masyarakat digital.