awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bawa kesan positif - PM

Bernama
Bernama
27/08/2022
04:45 MYT
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bawa kesan positif - PM
Ismail Sabri beramah mesra dengan orang ramai sebaik tiba pada Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan Peringkat Kabangsaan dan Penjenamaan Semula JMKM di Dataran Kerayong, Bera, hari ini. --fotoBERNAMA
BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi menangani peningkatan kos sara hidup rakyat mula melihatkan hasil yang positif.
Beliau berkata kesan penubuhan pasukan itu menyaksikan kenaikan harga lebih terkawal dengan jaminan rantaian bekalan makanan dan barangan lebih meyakinkan terutama ayam dan minyak masak dalam botol.
"Kerajaan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat mendepani isu kos sara hidup dan inflasi semasa yang melanda seluruh dunia.
"Langkah seterusnya, kerajaan memperluaskan dan menjenamakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) kepada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) melibatkan 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara dan 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian semasa berucap melancarkan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) Peringkat Kebangsaan dan Penjenamaan Semula Program JMKM di sini hari ini.
Program JMKM yang bermula pada minggu ketiga bulan ini hingga Disember ini menawarkan pengurangan harga barangan keperluan harian sehingga 20 peratus berbanding harga pasaran semasa setempat.
Beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM80 juta melalui lima kementerian sebagai agensi pelaksana untuk menjayakan JMKM sehingga akhir tahun ini, yang diharapkan akan memberi manfaat langsung kepada rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi
#ismail sabri yaakob
#ReDI
#kos sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan