KUALA LUMPUR :Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, kerajaan telah menggariskan beberapa tatacara keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) untuk diikuti dalam menyahut cabaran norma baharu.
Di Sarawak sebagai contoh, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) negeri itu telah mengeluarkan protokol serta garis panduan secara terperinci dalam meraikan sambutan terbesar masyarakat Cina itu.
Antara yang disenaraikan ialah aktiviti kunjung mengunjung hanya dibenarkan pada hari pertama melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja.
Had bilangan pengunjung juga tidak boleh melebihi 20 orang dan ia bergantung kepada keluasan kawasan.
Tuan rumah juga disarankan untuk menyediakan ruang atau meja di pintu masuk bagi tujuan pengukuran suhu dan pendaftaran melibatkan aplikasi pengesanan COVID-19 seperti My Sejahtera.
Bagi anda yang tidak tahu bagaimana hendak menjana kod QR My Sejahtera untuk rumah anda, ikuti lima langkah mudah ini:
1. Pergi ke laman sesawang https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/ dan daftar number telefon anda.
2. Kemudian, anda akan menerima enam digit nombor OTP yang dihantar terus ke telefon anda. Ikuti langkah seterusnya.
3. Seterusnya, isi butiran-butiran seperti nama dan alamat. Bagi kategori premis, boleh memilih 'Private/Social Event yang bersesuaian dengan kunjungan Tahun Baharu Cina nanti.
4. Setelah semua maklumat lengkap, anda dengan mudah akan menerima kod QR.
5. Cetak kod QR dan letakkan di hadapan premis atau rumah anda.
Nickyson Nyambar
Sun Jan 24 2021
Berbanding dengan cara pendaftaran manual yang biasanya melibatkan maklumat seperti tarikh, masa, nama dan nombor telefon, imbasan kod QR adalah lebih menyenangkan dan cepat. - Gambar fail/BERNAMA
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Tahun Baharu Cina: JPBN Sarawak bermesyuarat, guna pakai SOP sendiri atau SOP MKN
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan bermesyuarat bagi mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk Tahun Baharu Cina.
Ini penjelasan, bantu pemahaman SOP Tahun Baharu Cina
Tidak jelas dengan garis panduan dan SOP Tahun Baharu Cina? Ini soalan lazim yang dapat membantu pemahaman anda.
5 langkah mudah jana kod QR My Sejahtera, mudahkan pendaftaran pada Tahun Baharu Cina
Dengan cara ini, urusan pendaftaran ahli keluarga terdekat ketika berkunjung ke rumah sempena sambutan itu lebih mudah dan efisien.