Lima pegawai tinggi Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kesalahan menerima rasuah yang membawa jumlah sebanyak RM76,000.
Mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini.
Empat daripada mereka Mohd Arifin Zakaria, 56 tahun, Sohaizan Othman, 39 tahun, Hizam Abd Ghani, 56 tahun dan Azlee Mohd Yusof, 48 tahun didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Seorang lagi tertuduh iaitu Ishak Abu, 54 tahun didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Ishak didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 26 Julai 2014 jam 8.38 malam di Maybank Cawangan Jalan Raja Laut, di mana dia telah menerima wang sogokan sebanyak RM1,000.
Dia dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan pasport perjalanannya ditahan.
Azlee pula didakwa melakukan lapan kesalahan iaitu dari bulan Januari hingga Ogos 2014 di mana dia dikatakan telah menerima wang sogokan sebanyak RM500 bagi setiap bulan tersebut.
Dia dibenarkan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasport perjalanannya ditahan bagi kelapan-lapan kesalahannya itu.
Pertuduhan bagi Ishak dan Azlee telah dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Rosbiahanin Arifin.
Kelima-lima mereka didakwa di tiga kamar berasingan. Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah untuk kesemua kesalahan dan minta dibicarakan.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 20 Oktober 2014 bagi empat individu, manakala bagi Sohaizan kesnya akan disebut semula pada 23 Oktober 2014.
Empat dari mereka iaitu Arifin, Sohaizan, Hizam dan Azlee sebelum ini telah pun didakwa di atas kesalahan yang sama di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam pada Jumaat lalu.
Mengikut undang-undang, mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen 16(a)(A) jika didapati bersalah boleh dipenjarakan tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut nilai mana lebih tinggi.
Kesalahan ini turut melanggar Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
Jumaat lalu, SPRM telah mendakwa lapan pegawai JKDM, termasuk dua pegawai yang bergelar Datuk berhubung kesalahan menerima rasuah secara bulanan berjumlah antara RM500 hingga RM130,000.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Jamidan Abdullah berkata pada sidang media, kesemua pegawai berhadapan 8 hingga 52 tuduhan kesalahan menerima wang perlindungan berkaitan kes penyeludupan arak dan rokok.
Haider Yutim
Mon Sep 22 2014
Jumaat lalu, lapan pegawai Kastam Diraja Malaysia didakwa berhubung kesalahan menerima rasuah secara bulanan berjumlah antara 500 hingga 130 ribu ringgit. - Astro AWANI
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup keluar 111,391 liter petrol ke negara jiran
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Siti Mang berkata kapal kargo berkenaan ditahan di perairan Sandakan pada kira-kira 7.48 malam.
Warga asing didenda seludup minuman beralkohol di Brunei
Pegawai kastam Brunei telah menahan sebuah kenderaan untuk pemeriksaan pada Rabu dan menemukan 192 tin minuman beralkohol.
JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste
Tindakan berterusan akan dilaksanakan bersama agensi terlibat untuk membanteras kemasukan haram e-waste di pelabuhan negara.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia
Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an.
Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan
Srettha akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di wilayah selatan untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan dwikewarganegaraan.
PDRM, polis Thailand buru suspek lepas tembakan terhadap anggota kastam
Ketua Polis Kelantan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci memandangkan ia melibatkan hubungan dua negara.
Pembantu penguasa kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Tertuduh, Solehuddin Isa, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan tidak memeriksa lori milik syarikat itu yang membawa barangan dari kargo KLIA.