GADGETS
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas

Hanya tekan ikon ini dan pengguna boleh terus merakam suara untuk membalas mesej suara. -Amanz
WHATSAPP baru-baru ini menambah baik sokongan mesej suara, di mana pengguna tidak lagi perlu mendengar audio kerana boleh membaca transkrip.
Ringkasan AI
- WhatsApp menambah baik sokongan mesej suara dengan memperkenalkan transkrip mesej suara, membolehkan pengguna membaca mesej tanpa perlu mendengar audio.
- Ciri baharu ditemui oleh WABetaInfo membolehkan pengguna membalas mesej suara dengan lebih pantas melalui ikon khas, tanpa perlu menekan butang mikrofon setiap kali.
- Ciri ini tersedia dalam WhatsApp untuk Android versi beta 2.24.26.6, tetapi belum dibuka kepada semua pengguna.
Hanya tekan ikon ini dan pengguna boleh terus merakam suara untuk membalas mesej suara.
Ciri ini tidak dinafikan adalah lebih mudah kerana pengguna tidak perlu tekan butang mikrofon setiap kali apabila ingin membalas mesej suara yang diterima.
Ciri ini telah diedarkan dalam WhatsApp untuk Android versi beta 2.24.26.6, tetapi tidak dibuka kepada semua pengguna.
Sama-sama kita nantikan kemas kini ini untuk memudahkan lagi penggunaan mesej suara. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami