awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
Polis tembak tayar kereta, suspek pecah rumah cuba langgar anggota
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi

Amanz
Amanz
13/12/2024
04:30 MYT
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai. -Amanz
EVAN Williams, atau turut dikenali sebagai Ev Williams, merupakan salah seorang usahawan yang tidak asing dalam arena internet, khususnya dalam penerbitan kandungan dan sosial.

Ringkasan AI
  • Ev Williams, pengasas Blogger, Twitter, dan Medium, melancarkan aplikasi sosial baru bernama Mozi.
  • Mozi memfokuskan kepada perancangan lokasi dan acara dalam kalangan rakan-rakan terdekat, tanpa penerbitan perkongsian atau gambar.
  • Mozi menggunakan nombor telefon dan buku alamat untuk menghubungkan pengguna, menjaga privasi, dan kini tersedia untuk iPhone dengan versi Android akan datang.

Beliau sebelum ini telah mengasaskan beberapa perkhidmatan popular, termasuk Blogger (yang kemudiannya dibeli oleh Google), Twitter (yang kini dimiliki oleh Elon Musk), dan juga Medium.
Terbaharu, Ev telah melancarkan aplikasi sosial baru dinamakan Mozi.
Ev menekankan bahawa Mozi bukan aplikasi sosial biasa, sebaliknya lebih memfokuskan kepada aspek sosial dalam kalangan rakan-rakan terdekat tanpa sebarang penerbitan perkongsian atau gambar.
Melalui Mozi, pengguna boleh merancang aktiviti mereka di sesuatu lokasi – seperti lokasi yang akan disinggah atau acara yang akan disertai.
Seterusnya, perancangan tersebut boleh dikongsikan dengan kenalan mereka, memudahkan perancangan untuk bertemu dengan rakan-rakan yang menuju ke lokasi yang sama.
Mozi menggunakan nombor telefon dan buku alamat untuk menghubungkan pengguna dengan kenalan mereka, menjadikannya lebih menjaga privasi dan tidak terbuka seperti perkhidmatan lain.
Buat masa ini, Mozi hanya ditawarkan untuk pengguna iPhone dan dijangka akan diperluaskan kepada pengguna Android tidak lama lagi. -Amanz
Topic Berkaitan
#Ev Williams
#Mozi
#aplikasi sosial
#Pengasas Blogger Twitter dan Medium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan