awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50 bahan pameran sains, teknologi dan inovasi China akan dibawa masuk ke Sabah

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
13/02/2023
06:32 MYT
50 bahan pameran sains, teknologi dan inovasi China akan dibawa masuk ke Sabah
Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menerima cenderahati daripada Dr Huang Shifang dalam kunjungan hormat Konsulat China di pejabatnya. - Astro AWANI.
KOTA KINABALU: Potensi pembangunan sains, teknologi, dan inovasi di Sabah dijangka meningkat dengan kemasukan 50 bahan pameran berkaitan daripada China ke negeri itu sebelum penghujung tahun ini.
Menurut Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, rancangan itu akan dilaksanakan setelah perbincangan antara kementeriannya dan Konsulat China mencapai kata putus melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang akan dibuat dalam masa terdekat.
"Bahan pameran akan dibawa ke Sabah setelah kita selesai membuat perbincangan dan perjanjian dan antara bahannya ada lima puluh item bahan sains dan teknologi.
"Ini sangat penting dan sangat baik untuk masyarakat khususnya pelajar dan kita akan letak di perpustakaan di Tanjung Aru dan mudah-mudahan ini akan ada manfaat untuk masyarakat khususnya pelajar di negeri Sabah", ujar Arifin ketika ditemui sewaktu sesi kunjungan hormat Konsulat China yang diketuai Dr Huang Shifang ke pejabat Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi Sabah (KSTI) di Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu pada Isnin.
Sementara itu, Setiausaha Tetap KSTI, Datuk Zainuddin Aman ketika mengulas mengenai bahan pameran yang akan dibawa masuk ke negeri itu berkata, salah satu daripada 50 item tersebut merupakan kubah planetarium berkeluasan sehingga 10 ribu kaki per segi dan setinggi 6 meter yang akan ditempatkan ruangan terbuka Perpustakaan Negeri Sabah bagi tujuan pendedahan ilmu astronomi.
"Salah satu daripada item tersebut adalah dome planetarium untuk melihat angkasaraya lebih kurang berketinggian sekitar enam meter. Jadi kita memerlukan satu kawasan yang agak luas dalam sembilan hingga sepuluh ribu kaki per segi dan kita telah berseteju setelah berbincang dengan Yang Berhormat menteri tadi untuk meletakkan pameran ini di ruangan terbuka ataupun di dalam Perpustakaan di Tanjung Aru", ujar Zainuddin yang turut hadir dalam majlis itu.
MoU yang akan ditandatangani antara China dan KSTI itu akan berkuatkuasa selama 3 tahun.
KSTI akan turut mempertimbangkan untuk membawa bahan pameran terbabit ke daerah lain seperti Sandakan dan Tawau untuk didedahkan kepada pelajar di kedua daerah tersebut.
Terdahulu, satu kunjungan hormat daripada Konsulat China yang diketuai Dr Huang Shifang telah diadakan di Pejabat Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi Sabah (KSTI) di Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu hari ini.
Topic Berkaitan
#Pameran sains
#Sabah
#China
#KSTI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan