KUALA LUMPUR: Seramai 500 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang, dekat sini.
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan pingat berkenaan disampaikan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan yang mewakili Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang.
Menurut JHEV, jumlah penerima PJM ini adalah termasuk 13 balu yang menerima pingat PJM mewakili suami yang telah meninggal dunia.
"Sejarah penganugerahan PJM yang dikoordinasi JHEV ATM telah dilaksanakan pada 3 Mac 2004 merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan dalam menyumbang kepada kebebasan Malaysia daripada ancaman pengganas komunis.
PJM hanya dianugerahkan kepada anggota tentera atau bekas anggota tentera yang memenuhi syarat-syarat yang berkelayakan," menurut kenyataan itu.
JHEV memaklumkan syarat kelayakan menerima PJM adalah telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama tiga bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari enam bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh dari 1 Jan 1969 hingga 2 Dis 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM).
"Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama tiga bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari enam bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Jan 1969 hingga 17 Okt 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU)," kata kenyataan itu.
Mereka yang terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang pengganas PKM bagi tempoh 1 Jan 1969 hingga 2 Dis 1989 atau pengganas PKKU bagi tempoh 1 Jan 1969 hingga 17 Okt 1990 turut layak menerima PJM, kata JHEV.
Sehingga hari ini, seramai 34,132 warga veteran ATM telah menerima PJM manakala bagi veteran yang layak dan belum lagi menerimanya akan dijadualkan penganugerahannya pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
Pingat berkenaan disampaikan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan yang mewakili Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang. - Foto Facebook/JHEV ATM
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Polis sahkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard ditahan dan direman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.
Mesyuarat Khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin Dunia
Dunia sedang diasak dengan pelbagai masalah dan ramai yang bertanya; apa hala tuju dan ‘Wawasan Baharu’ dunia? Ikuti langsung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Rwanda, Paul Kagame, Menteri Ekonomi Arab Saudi, Faisal Alibrahim berkongsi pentas di Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Riyadh.
#AWANInews #SpecialMeeting24
#AWANInews #SpecialMeeting24
Landskap pelancongan Labuan alami peremajaan untuk tingkat daya tarikan
Sektor pelancongan merupakan pemacu ekonomi utama dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk mengukuhkannya.
Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Mesyuarat Khas WEF, Perdana Menteri dan Pemimpin Dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Veteran ATM di Sabah boleh mohon Rumah Mesra SMJ
Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah yang tidak mempunyai kemampuan memiliki atau membina rumah sendiri boleh memohon Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Siasatan salah guna kuasa pegawai ATM, semua faktor akan diteliti - Adly
Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan melihat semua faktor termasuk pengasingan kuasa agar siasatan berkaitan salah guna kuasa oleh ATM dilakukan dengan lebih terbuka.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
Veteran ATM terus disantuni menerusi PPV
Veteran ATM terus disantuni menerusi siri Program Peduli Veteran yang memfokuskan aspek kebajikan veteran dan keluarga.
Polis Perak berkas suspek terlibat 20 kes samun di ATM
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.
Balu pesara tentera bersyukur impian miliki rumah tercapai
Seorang balu kepada pesara tentera terharu dan menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki rumah baharu tercapai selepas lebih 25 tahun menumpang di rumah mentuanya.
ATM pastikan kawalan sempadan negara tahap tertinggi - Mohamed Khaled
ATM konsisten dalam memastikan sempadan negara dikawal pada tahap tertinggi demi mengekalkan kedaulatan negara.