GEORGE TOWN: Pulau Pinang menjangkakan sekitar 50,000 pelancong akan mengunjungi negeri itu hujung minggu ini susulan kebenaran rentas negeri seluruh negara yang bermula hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan negeri, Yeoh Soon Hin berkata, persiapan bagi menyambut kedatangan pelancong sudah pun dilakukan pemain-pemain industri pelancongan di negeri itu.
Soon Hin berkata, Pulau Pinang sememangnya destinasi pilihan pelancong tempatan mahu pun luar negara, dan berharap sektor itu akan kembali 'bernyawa'.
"50,000 dijangka (tiba) hujung minggu... hotel sudah dibuka untuk tempahan pelancongan. Saya rasa ia sudah dibuka sejak sejak minggu pertama dan kedua, dan kebanyakan telah lengkap dua dos vaksin," katanya ketika ditemui pada Isnin.
Beliau turut optimis bahawa aktiviti pelancongan di negeri itu dijangka kembali rancak dengan kehadiran lebih ramai pelancong selepas ini.
Selain itu, katanya tempahan bilik hotel juga dijangka meningkat sehingga 60 peratus pada hujung minggu ini.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan kepada mereka yang merancang untuk melancong ke negeri itu supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah COVID-19.
Mengulas lanjut, Soon Hin berkata tumpuan kerajaan negeri kini adalah kepada pelancongan domestik memandangkan sempadan antarabangsa dijangka akan dibuka pada Jun 2022.
Bagaimanapun, katanya ia masih bergantung kepada negara terbabit sama ada membenarkan kemasukan pelancong atau tidak.
Beliau berkata demikian selepas sidang media program Penang International Travel Exchange (PITE 2021 Digital Show) di Tropical Spice Garden, Teluk Bahang pada Isnin.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Convention & Exhibition Bureau (PCEB), G. Ashwin dan Pengarah Urusan Tropical Spice Garden, Katherine Chua.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Oct 11 2021

Jumlah kenderaan bertambah di Jambatan Pulau Pinang hari ini berikutan aktiviti rentas negeri dibenarkan bermula hari ini. - Foto BERNAMA

'Saya sendiri nak pergi tengok' - Bertindih tarikh konsert, Aishah rela beralah demi peminat
Tambah Aishah, tidak timbul isu sama ada peminat akan datang atau tidak jika konsertnya berlangsung pada tarikh yang sama dengan Anuar dan Ziana Zain.

Isu Palestin-Israel | Dunia perlu hukum Israel ekoran kekejamannya
Dunia seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap rejim zionis atas kekejaman dilakukan kepada penduduk Palestin.Demikian tegas Jurucakap Khas mengenai Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francessca Albenese.

Perniagaan Francais | KPDNHEP mohon peruntukan tambahan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memohon tambahan peruntukan dari kerajaan bagi membangunkan perniagaan francais. Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ini bagi merancakkan lagi bidang itu yang memiliki potensi membantu perniagaan mikro.

Pendidikan | Tangani masalah keciciran murid
NGO Pendidikan Untuk Malaysia menerima 1,541 laporan murid cicir di seluruh Malaysia sepanjang tempoh PKP. Bagaimanapun NGO berkenaan hanya berupaya membantu 343 kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan.

1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
47.7 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bintang 'Goodfellas' Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur
Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur ketika sedang menjalani penggambaran filem "Dangerous Waters" di Republik Dominican, pada Khamis.

Ballon d'Or: Mane sedih pemain Afrika kurang diiktiraf
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah mendominasi anugerah itu sejak 2008.

WEF 2022 | Kesediaan dunia laksana ESG, depani cabaran teknologi
Inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) merupakan asas penting dalam pelaksanaan sama ada di peringkat kerajaan mahupun perniagaan. Di sebalik mengaplikasi ESG, terdapat juga cabaran-cabaran lain yang perlu ditempuh. Editor Niaga AWANI, Najib Aroff ada perincian dari Davos, Switzerland sempena Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 2022.

Ekonomi | Inflasi meningkat, perlu penyelesaian menyeluruh
Pakar Ekonomi MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli mengulas isu inflasi serta strategi penyelesaiannya.

'Ideologi politik bunuh kewartawanan Melayu, orang Melayu jangan sombong'
Ahmad Murad berkata, ada pihak yang menolak untuk membaca bahan berita berbahasa Melayu.

Perpustakaan Islam Digital Pulau Pinang kini dibuka untuk orang ramai
PIDL yang mempunyai lebih 1,500 bahan bacaan islamik secara digital akan dikendalikan sepenuhnya oleh Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB).

Lagi kes terjun di Jambatan Pulau Pinang
Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 8.0 arah pulau menghala ke Perai.

Penubuhan inkubator Blockchain, IoT lengkapkan ekosistem pembuatan Pulau Pinang
Penubuhan 25 Startups, inkubator pertama Malaysia untuk teknologi Blockchain dan Internet-of-Things (loT), adalah tepat pada masanya untuk melengkapkan ekosistem pembuatan Pulau Pinang yang kukuh.

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak tolak bertanding PRU15
Jika rakyat Tasek Gelugor mahu beliau bertanding, Dzulkifli bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.

Maritim P.Pinang tahan dua kapal dari Myanmar
Kedua-dua kapal ditahan pada 6.50 petang dan 6.55 petang di kedudukan 0.8 batu nautika barat laut Pelabuhan Pulau Pinang.

Mayat pemuda terjun Jambatan Pulau Pinang sudah ditemui
Mayat lelaki itu ditemui terapung berhampiran perairan Pulau Rimau pada pukul 9.40 pagi oleh nelayan tempatan.

Pembinaan Tembok Laut Padang Kota Lama ambil kira aspek keselamatan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengambil kira aspek keselamatan ketika pembinaan tembok penahan ombak dan sesiaran pejalan kaki.

TPR tentukan inkues doktor pelatih maut jatuh bangunan - Polis
Pelaksanaan inkues terhadap kes doktor pelatih maut akibat terjatuh dari unit kediamannya akan ditentukan oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Sindiket pengedaran dadah antarabangsa guna krayon tumpas
Polis berjaya membongkar sindiket tersebut yang beroperasi sejak pertengahan tahun lepas untuk pasaran dadah luar negara.

Guna van bapa saudara seludup PATI
Cubaan lelaki berusia 35 tahun itu terbantut apabila dia ditahan polis di Kilometer 8.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Bukit Kayu Hitam.