awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

52 kenderaan musnah, polis siasat kemungkinan elemen khianat

Sinar Harian
Sinar Harian
04/03/2022
22:30 MYT
52 kenderaan musnah, polis siasat kemungkinan elemen khianat
Kebakaran di kawasan parkir motosikal turut menyebabkan empat kereta musnah dalam kebakaran di PPR Intan Baiduri, awal pagi Jumaat. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kebakaran yang memusnahkan 52 kenderaan di kawasan parkir sebuah blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri di sini, awal pagi Jumaat termasuk elemen khianat.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, laporan kejadian diterima pada jam 4.21 pagi dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.56 pagi.
Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati kebakaran memusnahkan 48 motosikal serta empat kereta itu dipercayai bermula dari sebuah motosikal sebelum merebak ke kawasan tempat parkir motosikal berbumbung.
"Anggaran kerugian keseluruhan kebakaran tersebut dianggarkan RM300,000. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.
Katanya, kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta tampil memberikan keterangan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Baldev Singh atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#motosikal
#kebakaran
#PPR Intan Baiduri
#khianat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan