MELAKA: Sebanyak 526 kes demam denggi direkodkan di Melaka sehingga Minggu Epidemiologi (ME) 27 yang berakhir pada 8 Julai lepas, dengan 28 kes baharu dilaporkan sepanjang minggu lepas bermula 2 Julai.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata sehingga ME 27 berkenaan, sebanyak 18 wabak dilaporkan di negeri itu dan dua daripadanya dilaporkan masih aktif iaitu di Taman Melaka Baru Seksyen Dua dan Taman Kota Laksamana.
"Dua wabak yang masih aktif berkenaan dijangka tamat masing-masing pada 18 dan 21 Julai ini. Sehingga ME 27, tiada kes kematian akibat demam denggi didaftarkan berlaku di negeri ini dan Melaka berada di kedudukan negeri ke-10 bagi kes demam denggi.
"Secara purata, sebanyak 20 kes demam denggi direkodkan di Melaka setiap minggu dan sehingga ME 27 pada tahun ini, kes berkenaan dilaporkan meningkat sebanyak 265 kes berbanding 261 kes dalam tempoh sama tahun lepas," katanya kepada pemberi selepas pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Tahun 2023 Peringkat Negeri Melaka.
Beliau berkata kerajaan negeri menerusi beberapa agensi termasuk Jabatan Kesihatan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) merangka pelbagai program bagi mengekang peningkatan kes demam denggi, antaranya gotong-royong di kawasan perumahan khususnya di lokaliti berisiko pembiakan nyamuk Aedes.
Katanya penduduk juga digesa turut melakukan pemeriksaan secara berkala atau membersihkan kawasan rumah secara lebih kerap bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Dalam pada itu, Ngwe berkata pemeriksaan dan penguatkuasaan di premis makanan atau perniagaan akan dipertingkat bagi memastikan aspek kebersihan diberi keutamaan khususnya menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
Beliau berkata aspek kebersihan melibatkan premis makanan amat penting bagi menarik kedatangan pengunjung selain memberi imej positif kepada pelancong tentang Melaka.
"Lebih banyak operasi pemeriksaan akan dijalankan di medan selera, restoran dan kedai makan bagi memastikan peniaga mematuhi aspek kebersihan ditetapkan Jabatan Kesihatan negeri dan PBT dalam mengendalikan makanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Penduduk juga digesa turut melakukan pemeriksaan secara berkala atau membersihkan kawasan rumah secara lebih kerap bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. - Gambar hiasan
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Kes demam denggi menurun pada ME40, tiga kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,639 kes pada Minggu Epidemiologi ke-40 (ME40) iaitu bagi tempoh 29 Sept hingga 5 Okt lepas berbanding 1,760 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi menurun pada ME30, empat kematian direkod
Kes demam denggi menurun kepada 2,609 pada Minggu Epidemiologi ke-30 berbanding 2,690 pada minggu sebelumnya yang menyaksikan empat kematian dilaporkan.
Kes demam denggi meningkat, lima kematian pada ME24
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 2,900 kes pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24) bagi tempoh 9 hingga 15 Jun lepas dengan lima kematian direkodkan, berbanding 2,508 kes pada minggu sebelumnya.
Denggi: Dua kematian, 2,461 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20
Sebanyak 2,461 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-20 bagi tempoh 12 hingga 18 Mei lepas,
Kes demam denggi menurun pada ME18, tiada kematian - KP Kesihatan
Sebanyak 1,995 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 (ME18) bagi tempoh 28 April hingga 4 Mei lepas berbanding 2,237 kes pada minggu sebelumnya.
Kes denggi meningkat pada ME01, tiada kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi di negara ini meningkat kepada3,181 kes pada Minggu Epidemiologi ke-01 (ME01) 2024 iaitu bagi tempoh 31 Dis 2023 hingga 6 Jan 2024 berbanding 2,715 kes pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat lebih 300 peratus
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata satu kes kematian turut dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan.
Kes denggi menurun 2.2 peratus, lima kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun 2.2 peratus kepada 2,221 kes pada Minggu Epidemiologi ke-44 (ME44), iaitu bagi tempoh 29 Okt hingga 4 Nov berbanding 2,272 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi turun 9.5 peratus pada ME26 - KP Kesihatan
Sejumlah 2,336 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-26 (ME26) iaitu bagi tempoh 25 Jun hingga 1 Julai lepas, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
526 demam denggi direkodkan di Melaka sehingga Minggu Epidemiologi 27
Sebanyak 526 kes demam denggi direkodkan di Melaka sehingga Minggu Epidemiologi (ME) 27 yang berakhir pada 8 Julai lepas, dengan 28 kes baharu dilaporkan sepanjang minggu lepas bermula 2 Julai.