awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

527 penerbangan tambahan diluluskan menjelang Aidilfitri

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2023
05:55 MYT
527 penerbangan tambahan diluluskan menjelang Aidilfitri
Menurut kementerian tersebut, langkah itu dibuat bertujuan menampung permintaan yang tinggi menjelang sambutan Aidilfitri. - Gambar hiasan/ Reuters
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah meluluskan 527 penerbangan tambahan untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, MOT menjelaskan kelulusan ini adalah 43 peratus lebih banyak berbanding kapasiti tambahan yang diluluskan pada musim perayaan Aidilfitri tahun lepas.
Menurut kementerian tersebut, langkah itu dibuat bertujuan menampung permintaan yang tinggi menjelang sambutan Aidilfitri.
"Selari dengan industri penerbangan antarabangsa, penetapan harga tiket biasa adalah berdasarkan mekanisme dinamik di mana pembeli awal boleh mendapat harga terbaik apabila masih banyak lagi tiket belum terjual.
"Namun harga boleh menjadi mahal apabila baki tiket semakin berkurangan di pasaran," kata kenyataan tersebut.
MOT menjelaskan, pihaknya dan Mavcom telah mengambil langkah proaktif dan mengalakkan syarikat-syarikat penerbangan untuk menawarkan harga penerbangan berpatutan.
Menurut MOT, Mavcom telah meluluskan semua permintaan kapasiti tambahan oleh syarikat penerbangan yang menawarkan tambang tetap ke destinasi-destinasi utama dalam Malaysia.
"Berikutan kelulusan Mavcom, syarikat penerbangan AirAsia dan Batik Air telah mengumumkan tiket penerbangan tambang tetap pada 7 dan 10 Mac.
"Mavcom turut meluluskan penerbangan-penerbangan tambahan lain untuk memastikan ketersediaan tempat duduk yang lebih tinggi dalam menangani peningkatan permintaan dan memastikan harga penerbangan berpatutan," katanya lagi.
MOT juga menjelaskan, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Mavcom dalam memastikan kapasiti penerbangan yang mencukupi tersedia untuk menggalakkan harga tambang penerbangan yang lebih berpatutan.
Topic Berkaitan
#Puasa 2023
#Hari Raya Aidilfitri
#penerbangan tambahan
#harga tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan