KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap 56 pemegang lesen Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi kesalahan manipulasi timbangan sawit di bawah Peraturan-peraturan (Pelesenan) 2005 MPOB.
Menterinya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam kenyataan pada Jumaat berkata sehingga 27 April lepas, sebanyak lima siri operasi bersepadu manipulasi timbangan sawit melibatkan pemeriksaan alat timbang pusat pengumpulan buah kelapa sawit telah dijalankan di 63 premis berlesen.
"Tindakan penguatkuasaan MPOB terhadap pemegang lesen yang melakukan kesalahan termasuk pengeluaran surat amaran, kompaun dan pendakwaan di mahkamah yang melibatkan denda sehingga RM200,000.
"Bagi pemegang lesen yang mengulangi kesalahan atau tegar, tindakan penggantungan, pembatalan atau lesen MPOB tidak diperbaharui akan diambil," katanya dalam kenyataan itu.
Mohd Khairuddin menegaskan bahawa kementerian memandang serius terhadap kegiatan penipuan timbangan buah kelapa sawit yang menyebabkan kerugian pendapatan kepada pekebun kecil.
"Ketika harga minyak sawit mentah melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah industri sawit iaitu RM4428.50 satu tan metrik pada 23 April lepas, dan harga rujukan tertinggi Buah Tandan Segar (BTS) melepasi RM900 satu tan metrik, nikmat ini sewajarnya dirasai oleh pekebun kecil.
"Namun, peluang ini terhalang kerana tindakan segelintir pemborong yang tamak dan sanggup menjadi penjenayah ekonomi," katanya.
Menurut Mohd Khairuddin, KPPK melalui MPOB akan terus menjalankan aktiviti kawal selia dan penguatkuasaan peraturan bagi memastikan perkembangan industri sawit yang teratur.
"Sehubungan ini, MPOB akan mengambil tindakan yang lebih tegas dan serta-merta terhadap pihak yang menindas pekebun kecil," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 30 2021
Mohd Khairuddin menegaskan bahawa kementerian memandang serius terhadap kegiatan penipuan timbangan buah kelapa sawit. - Gambar fail
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
PRN: Jaga akhlak ketika perjuang politik Islam - Khairuddin
"Sekiranya pejuang Islam gagal berakhlak mulia, kepada apakah mereka berdakwah dan mereka perjuangkan?" soal Mohd Khairuddin Aman Razali.
PRN: Khairuddin nafi bakal calon MB Terengganu
Menurutnya, fokus utama beliau pada pilihan raya kali ini adalah untuk membantu calon UMNO dan BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu.
PM Anwar lancar DPTN 2.0 esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 pada Majlis Himpunan 23K Huffaz yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur esok.
Umat Islam tak wajar terlibat penerbitan filem bertentangan akidah - Khairuddin
Kenyataan itu merujuk kepada filem 'Mentega Terbang' yang sedang hangat diperkatakan umat Islam.
Khairuddin minta PN henti 'bernostalgia'
Katanya, PN hanya mendapat 73 kerusi dan jumlahnya jauh untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan.
PRU15: Tidak wujud 'Little Napoleon' dalam Pas - Mohd Syahir
Katanya, ia berdasarkan tindak tanduk Abdul Hadi yang tidak pernah membuat keputusan menggunakan kuasa veto.
PRU15: Khairuddin bertanding atas tiket BN kerana mahu perkasa Muafakat Nasional
Khairuddin konsisten perjuang muafakat antara UMNO dan Pas bagi menghalang kemaraan Pakatan Harapan daripada berkuasa.
PRU15: Khairuddin, Che Abdullah sah bertanding atas tiket BN
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Datuk Che Abdullah Mat Mawi sah bakal bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
UMNO Terengganu tidak pernah namakan Khairuddin sebagai calon - Ahmad Said
Ahmad Said berkata tiada sebarang rundingan dilakukan berhubung perkara tersebut.
Waspada agenda pecah-belahkan MN - Khairuddin
Mohd Khairuddin berkata, kenyataan bahawa BN adalah musuh PN ternyata meletakkan Pas dalam dilema.