awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

56 rumah rosak akibat ribut di Seremban

Bernama
Bernama
15/11/2020
20:06 MYT
56 rumah rosak akibat ribut di Seremban
Seorang kanak-kanak lelaki menggunakan payung meredah hujan ketika tinjauan di kawasan sekitar Seremban, 14 Nov, 2020. - Gambar fail BERNAMA
SEREMBAN:Sebanyak 56 buah rumah melibatkan Kampung Batu 3, Kampung Anak Air Garam, Kampung Kayu Ara, Taman Bukit Belida, Mambau, di sini, mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat petang semalam.
Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt. Kol (PA) Fazlisyah Muslim, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang dan kebanyakan rumah terbabit mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.
"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan APM turut membantu mengalihkan beberapa batang pokok tumbang di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Menurutnya penilaian kerosakan sedang dilakukan oleh pihak berwajib dan kerja-kerja pembaikan dijangka dilaksanakan hari ini.
Katanya tiada pusat pemindahan dibuka kerana kesemua penduduk terjejas memilih untuk tinggal di kediaman masing-masing.
Sementara itu, seorang penduduk terjejas, Sabariah Abdul Aziz, 64, berkata kejadian berlaku ketika dia sekeluarga sedang menikmati minum petang di luar rumah.
"Apabila melihat atap zink diterbangkan dan hujan turun dengan lebat serta angin kuat seperti puting beliung, kami sekeluarga lari ke dalam rumah," katanya, menambah sebatang pokok menghempap bahagian dapur rumahnya dalam kejadian yang berlaku sekitar 10 minit itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah rosak
#Kampung Kayu Ara
#Mambau
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#Fazlisyah Muslim
#kerja pembaikan
#kemalangan jiwa
#kecederaan
#atap terbang
#bumbung rosak
#Pokok tumbang
#penilaian kerosakan
#ribut
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan