awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOF teliti kesesuaian pengeluaran caruman KWSP untuk MHIT - Amir Hamzah
China hukum mati 11 anggota sindiket penipuan Myanmar
Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

563 rumah kekal baharu untuk mangsa banjir di Kelantan siap dibina - Fadillah

Bernama
Bernama
16/05/2016
23:29 MYT
563 rumah kekal baharu untuk mangsa banjir di Kelantan siap dibina - Fadillah
Fadillah berkata baki 349 unit Rumah Kekal Baharu pula masih di peringkat pembinaan dan ia meliputi jajahan Kuala Krai sahaja. -Gambar fail
Sebanyak 563 daripada 966 unit Rumah Kekal Baharu (RKB) bagi mangsa banjir di Kelantan yang dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Kerja Raya telah siap dibina, kata Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata baki 349 unit Rumah Kekal Baharu pula masih di peringkat pembinaan dan ia meliputi jajahan Kuala Krai sahaja.
"Selain itu 54 buah rumah masih dalam urusan mendapatkan tapak oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN)," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan kunci Rumah Kekal Baharu kepada 40 mangsa banjir di Kampung Karangan di sini, pada Isnin.
Katanya antara punca kelewatan pembinaan rumah kekal tersebut adalah berkaitan pemilikan tanah kerana hanya sebilangan daripada mangsa mempunyai milikan tanah sendiri, manakala sebahagian besar tinggal di atas tanah rizab sungai, jalan dan kereta api.
Fadillah berkata secara keseluruhan Kementerian Kerja Raya bertanggungjawab membina 776 buah rumah di Kuala Krai, Gua Musang (148 buah), Tanah Merah (30 buah) dan 12 buah rumah di Machang.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak RM1.169 bilion bagi menyiapkan 11 projek di Kelantan di bawah pelan pelaksanaan pertama bagi tahun ini.
Fadillah berkata antaranya melibatkan pembinaan Jalan Pasir Mas Fasa 2, membaiki Jalan Kota Baharu-Kuala Terengganu di Km10 hingga Km21 dan menaik taraf Jalan Persekutuan di Jalan Kuala Krai-Kota Baharu di Km326.7.
"Selain itu, bagi pelan pelaksanaan kedua pula, kita telah mohon sembilan projek dan masih di peringkat rundingan dengan Unit Perancang Ekonomi," katanya.
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Kementerian Kerja Raya
#mangsa banjir di Kelantan
#RKB
#Rumah Kekal Baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan