KOTA KINABALU: Sebanyak 57 kampung di daerah Beaufort dan Tenom terjejas banjir pagi ini menyaksikan 55 mangsa daripada 13 keluarga di kedua-dua daerah itu dipindahkan.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, 46 kampung terjejas di Beaufort dengan 29 mangsa banjir daripada lapan keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan DP Mohd Dun Banir.
Di Tenom pula, sebanyak 11 kampung terjejas dengan 26 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke PPS Rumah Kebudayaan Kalang Kanar setakat 8 pagi tadi.
"Cuaca yang tidak menentu menyebabkan beberapa air sungai di beberapa daerah meningkat dan melimpah di kawasan-kawasan 'hotspot' mengakibatkan beberapa jalan dan kampung terjejas turut dinaiki air.
"Beberapa daerah lain turut terjejas dengan kenaikan paras air di beberapa kawasan namun tiada PPS dibuka setakat ini," demikian menurut kenyataan itu.
Sementara itu, jurucakap Sekretariat Pengursan Bencana Daerah Beaufort ketika dihubungi berkata sebanyak enam sekolah terjejas banjir di daerah itu iaitu Sekolah Agama Negeri Limbawang, Sekolah Kebangsaan (SK) Lago, SK Suasa, SK Bangkalalak, SK Jabang dan Sekolah Menengah St Paul.
Beliau berkata sebanyak empat jalan di daerah itu terputus hubungan dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan iaitu Jalan Kampung Binunuk, Jalan Kampung Balibata, Jalan Simpang 4 Chan Furniture dan Jalan Kampung Kangsa.
Katanya lima lagi jalan hanya boleh dilalui kenderaan berat iaitu Jalan Kampung Suasa, Jalan Kampung Bangkalalak, Jalan Mahkamah, Jalan Kampung Luagan Sanginan, dan Jalan Kampung Berumbai.
Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Daerah Tenom berkata sebanyak dua sekolah terjejas banjir di daerah berkenaan iaitu SK Kalang Kanar dan SK Enubai.
Beliau berkata sebanyak lima jalan terputus hubungan dan air banjir masih tidak surut iaitu Jalan Kalang Kanar, Jalan RTM Tenom, Jalan Bunut, Jalan Pansailon Tanjung dan Jalan Tumantalik.
Kedua-dua jurucakap itu juga memberitahu keadaan cuaca baik, namun air banjir masih bertahan dan tiada tanda surut setakat pagi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 17 2021
Sebanyak 57 kampung di daerah Beaufort dan Tenom terjejas banjir pagi ini menyaksikan 55 mangsa daripada 13 keluarga di kedua-dua daerah itu dipindahkan. -Gambar fail
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Banjir di Sabah pulih sepenuhnya
Bencana banjir yang berlaku di daerah Beaufort sejak Jumaat lepas pulih sepenuhnya, dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah itu telah ditutup pada tengah hari tadi.
Banjir: 299 orang masih berlindung di empat PPS di tiga negeri
Tiga negeri yang terjejas setakat 9 pagi ini ialah Perak, Sabah dan Sarawak.
Banjir Sabah: 102 mangsa di Beaufort dipindahkan ke PPS Dewan Selagon
PPS itu menempatkan seramai 15 lelaki dan 32 wanita, manakala selebihnya 35 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan.
Lebih 1,800 penerima STR, SARA disantuni dalam program penyerahan bantuan di Beaufort
Kalangan penerima menzahirkan rasa syukur di atas sumbangan itu yang sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan sara hidup mereka seharian.
[RASMI] PRU15: Calon BN, Siti Aminah menang di Beaufort
Calon Barisan Nasional (BN), Siti Aminah Aching memang di kerusi Parlimen Beaufort dengan majoriti 2,518 undi.
Mangsa banjir di Sabah tinggal 63 orang
Hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di Beaufort.
Operasi cari Jude Angel belum temui sebarang tanda
Pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui sebarang tanda berkenaan kehilangan kanak-kanak terbabit.
Kanak-kanak 18 bulan dikhuatiri hilang di hutan atau jatuh sungai di Beaufort
Seorang kanak-kanak perempuan 18 bulan dikhuatiri jatuh sungai atau hilang di hutan selepas keluar dari rumah dalam kejadian di Kampung Batu 66, Beaufort pada Sabtu.
Banjir Sabah: 1,826 mangsa ditempatkan di 16 PPS
Seramai 1,826 mangsa daripada 698 keluarga dipindahkan ke 16 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir di Sabah.
Banjir Sabah: Lebih 4,000 pelajar terjejas, 24 sekolah ditutup
Seramai lebih 4,000 pelajar dilaporkan terjejas susulan banjir yang melanda dua daerah iaitu di Sabah, pada Rabu.