awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

57 rumah setinggan musnah terbakar

Bernama
Bernama
22/12/2017
15:25 MYT
57 rumah setinggan musnah terbakar
Tiga anggota Bomba ketika operasi memadamkan api yang memusnahkan 57 rumah setinggan di Kampung Sundang Batu Sapi pada Jumaat. - BERNAMA
Sebanyak 57 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Sundang Laut Batu Sapi dekat sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 1.37 tengah hari tadi.
Katanya operasi memadamkan kebakaran membabitkan 19 pegawai dan anggota bomba menggunakan empat jentera, dan api dapat dikawal daripada terus merebak ke rumah berhampiran pada 3.22 petang.
Beliau berkata pihaknya menggunakan sumber air daripada jentera bomba untuk memadamkan api.
Katanya tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu, manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Kira-kira 250 penghuni rumah setinggan itu tinggal sehelai sepinggang berikutan api merebak dengan cepat menyebabkan mereka gagal menyelamatkan barangan dalam rumah. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Kampung Sundang Laut Batu Sapi
#kebakaran
#rumah setinggan
#rumah terbakar
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan