5,819 murid pendidikan khas terima Sijil Alternatif Sekolah Menengah 20 Jan ini - KPM

KPM memaklumkan, semua murid berkenaan daripada 896 buah sekolah di seluruh negara telah berjaya menamatkan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) yang selesai dilaksanakan pada 10 Dis lepas. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Sebanyak 5,819 murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di seluruh negara layak menerima Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) bagi sesi akademik 2025/2026.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, semua murid berkenaan daripada 896 buah sekolah di seluruh negara telah berjaya menamatkan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) yang selesai dilaksanakan pada 10 Dis lepas.
"SASM sesi akademik 2025/2026 bagi MBPK akan dikeluarkan pada 20 Jan (Selasa) dan boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut, KPM kekal komited untuk memastikan akses pendidikan yang adil, saksama dan inklusif selaras dengan hala tuju serta aspirasi pendidikan negara.
--BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


