awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tren baharu dilancarkan di laluan dengan panaroma indah di Jepun
Lelaki maut ditembak di hadapan kedai cuci kenderaan
Jumlah pelatih PLKN ditingkatkan 25,000 orang setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5,859 kes baharu COVID-19 hari ini, 45 lagi kematian direkodkan

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
20/11/2021
06:02 MYT
5,859 kes baharu COVID-19 hari ini, 45 lagi kematian direkodkan
Jumlah kematian akibat COVID-19 yang dicatatkan adalah 45 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes jangkitan baharu COVID-19 sepanjang tempoh 24 jam yang lalu menunjukkan sedikit penurunan berbanding beberapa hari lalu dengan merekodkan 5,859 kes sehingga Sabtu.
Pertambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan pandemik itu dalam negara mencecah angka 2,581,747.
Wabak COVID-19 juga, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menyebabkan 45 lagi kematian menjadikan jumlah kumulatif korban di Malaysia sebanyak 29,937.
Pada 20 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,859 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,581,747 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/nibDKpSZd6
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 20, 2021
Bagaimanapun, sebahagian besar kes COVID-19 yang dicatatkan melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.3 peratus atau bersamaan 5,757 kes, manakala selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 iaitu sebanyak 1.7 peratus iaitu sebanyak 102 kes.
Setakat ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 529 kes dan daripada jumlah itu juga, 261 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, jumlah kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 4,970 kes dengan keseluruhan kes pulih kini 2,482,284.
Pihak KKM bagaimanapun mengesan satu lagi kluster baharu pada Sabtu manakala jumlah kluster yang ditamatkan adalah 5,638.
Jumlah kluster aktif pula adalah 240.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#jangkitan
#Malaysia
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan