awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka

Bernama
Bernama
24/09/2023
10:48 MYT
6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Adam Adli (tiga, kanan) menyerahkan replika tajaan caruman perlindungan SKSSR kepada Pengarah Perkeso Melaka, Abd Razak Omar sempena Program Pemimpin Bersama Masyarakat di Ayer Keroh di sini hari ini. - Foto Bernama
MELAKA: Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sehingga 10 Sept lepas sejak ia berkuat kuasa pada Disember 2022.
Pengarah Perkeso Melaka Abd Razak Omar berkata pihaknya akan meneruskan usaha lebih agresif bagi meningkatkan kesedaran kepada golongan sasar bagi memanfaatkan skim perlindungan keselamatan sosial kepada kumpulan itu daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.
"Perkeso juga akan mengambil proaktif dengan bergerak ke seluruh Melaka termasuk di kawasan perkampungan Orang Asli bagi menyalurkan maklumat berkenaan perlindungan SKSSR ini supaya sampai ia kepada lapisan masyarakat selain menjalankan program bersama pemimpin masyarakat di kawasan masing-masing.
"Semua wanita yang menguruskan rumah, tidak kira berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak, termasuk isteri, ibu atau ibu tunggal yang belum mencapai umur 55 tahun boleh mencarum SKSSR," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Pemimpin Bersama Masyarakat SKSSR yang disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abdul Halim di Pejabat Perkeso Ayer Keroh di sini hari ini.
Seramai 140 suri rumah dalam kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM13,200 bagi caruman perlindungan SKSSR sempena program tersebut.
Abd Razak berkata menerusi skim perlindungan tersebut pencarum layak menerima faedah perubatan, hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis, faedah pengurusan mayat dan pencen penakat selain manfaat perlindungan keilatan.
"Perkeso menyeru semua masyarakat yang layak dapat memastikan diri dilindungi di bawah skim tersebut agar sekiranya sebarang musibah luar jangka berlaku, mereka akan menerima bantuan sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah
#perkeso
#skim perlindungan keselamatan sosial
#SKSSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan