awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6,619 kes jenayah komersial babitkan kerugian RM68.5 juta di Perak

Bernama
Bernama
03/08/2024
15:28 MYT
6,619 kes jenayah komersial babitkan kerugian RM68.5 juta di Perak
Azizi berkata jumlah itu menurun sebanyak 12.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 7,586 kes. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Sejumlah 6,619 kes jenayah komersial direkodkan di Perak melibatkan kerugian melebihi RM68.5 juta dari Januari hingga 31 Julai lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata jumlah itu menurun sebanyak 12.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 7,586 kes.
"Untuk tempoh sama juga sebanyak 613 kertas siasatan dituduh di mahkamah berbanding 589 pertuduhan pada 2023," katanya kepada pemberita selepas sesi Bual Bicara Jenayah dan Buli Siber, Bijak Bertindak sempena Bazar Buku Perak di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini hari ini.
Beliau berkata bagi tempoh sama sebanyak 1,407 kes penipuan dalam talian dilaporkan membabitkan kerugian lebih RM55.3 juta, diikuti tipu secara bersemuka sebanyak 60 kes dengan kerugian RM1.9 juta.
Azizi berkata kewujudan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) memberi kesan yang baik kepada penurunan kes dan diharap masyarakat akan lebih peka serta ambil tahu tentang penipuan termasuk penipuan dalam talian.
"Orang ramai boleh membuat panggilan pada nombor 997 untuk mendapatkan maklumat dan kesahihan panggilan bagi sebarang transaksi yang meragukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan dalam talian
#buli siber
#jenayah komersial
#NSRC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan