awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 parah bas Pejabat SUK Selangor terbabas dalam parit

Bernama
Bernama
21/08/2024
09:32 MYT
6 parah bas Pejabat SUK Selangor terbabas dalam parit
Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa kemalangan melibatkan sebuah bas serta motosikal dekat Kampung Kelanang, Taman Dawai Banting pada Rabu. - Foto JBPM Selangor
KUALA LANGAT: Enam kakitangan Mahkamah Selangor cedera parah apabila bas milik Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang dinaiki terbabas ke dalam parit sedalam dua meter di Jalan Simpang Morib, Kampung Kelanang di Banting, Kuala Langat, dekat sini kira-kira 1 tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata kelindan bas terbabit turut mengalami kecederaan parah dan kesemua mangsa yang berumur antara 30 hingga 40 tahun itu dibawa ke Hospital Banting untuk rawatan.
Beliau berkata ketika kejadian, bas terbabit membawa 21 penumpang yang merupakan kakitangan Mahkamah Selangor.
"Baki (kakitangan mahkamah dan pemandu) daripada keseluruhan 21 individu yang menaiki bas itu hanya cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, Wan Md Razali berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 1.07 tengah hari dan 11 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dan Telok Panglima Garang digerakkan dan tiba ke lokasi 11 minit kemudian.
Siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila bas berkenaan cuba mengelak sebuah motosikal yang keluar dari simpang, kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan bas
#bas SUK Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan